LABUAN : Seramai 10 pasangan pengantin diraikan pada satu Majlis Walimatul Urus Perdana sempena Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan (MAIWP) 2024, peringkat Labuan di Dewan Konvensyen Ujana Kewangan, di sini kelmarin.
Pengerusinya, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, kesemua pasangan pengantin diraikan merupakan golongan asnaf serta mualaf di taja sepenuhnya MAIWP.
Katanya, tajaan itu melibatkan penyediaan pelamin pengantin, busana pengantin serta jamuan makanan dan minuman.
“Selain itu pasangan pengantin menerima sumbangan wang tunai antara RM3,000 hingga RM5,000 secara keseluruhannya MAIWP membelanjakan peruntukan berjumlah RM57,000,” katanya.
Syed Kamarulzaman berkata, MAIWP menganjurkan secara besar besaran kali ini sempena Karnival Sambutan 50 tahun MAIWP.
“Ia sekali gus turut menganjurkan pelbagai aktiviti memberi manfaat kepada masyarakat khususnya golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan,” Syed Kamarulzaman.