• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home News Sites Bernama

14 Daripada 36 Pembangunan Premis Tamu Desa Di Sabah Siap Sepenuhnya – Ewon

September 19, 2024
in Bernama
Reading Time: 2 mins read
14 Daripada 36 Pembangunan Premis Tamu Desa Di Sabah Siap Sepenuhnya – Ewon
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 19 Sept (Bernama) — Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata ia melibatkan pembangunan premis Tamu Desa di Penampang, Kota Marudu, Kota Belud, Sipitang, Nabawan dan Tawau. 

Related articles

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

September 21, 2024
MMEA NAB TWO MEN, SEIZE 901KG OF COOKING OIL IN TAWAU

Komuniti Maritim Dinasihat Tingkat Keselamatan Di Laut, Waspada Cuaca Tidak Menentu

September 21, 2024

“Sebahagian daripada Tamu Desa sedang dalam pembinaan dan selebihnya dalam proses perolehan. Pada 30 Sept ini, kita akan membincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan dan Keusahawanan Sabah perkembangan keseluruhan pelaksanaan Tamu Desa di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas temubual mengenai Pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Tamu Desa Sabah dan Sarawak oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi radio SABAHfm di Studio SABAHfm di sini hari ini.

Ewon berkata inisiatif itu adalah cetusan idea beliau yang diperkenalkan kepada KUSKOP bagi menaik taraf kemudahan tamu komuniti luar bandar sedia ada atau membina kemudahan premis tamu baharu kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil di luar bandar.

Dalam Belanjawan 2024, Ewon berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telah menyediakan peruntukan RM20 juta untuk pelaksanaan pembangunan Tamu Desa di bawah KUSKOP.

“Bagi fasa pertama, sebanyak RM10 juta sedang dilaksanakan bagi membangunkan 36 tapak Tamu Desa di Sabah dan 13 di Sarawak. Sebahagian besar sudah siap termasuk di Sipitang dan Kuala Penyu yang akan diserahkan kepada komuniti peniaga kecil esok.

“Bagi fasa kedua, KUSKOP sedang memuktamadkan dengan Kementerian Kewangan mengenai penyaluran peruntukan bagi menjayakan pembangunan Tamu Desa yang seterusnya,” kata beliau.

Ewon berkata untuk perancangan jangka masa panjang, kementerian telah mengemukakan permohonan kepada  Kementerian Kewangan bagi inisiatif Belanjawan 2025 dan seterusnya menjadi inisiatif tahunan KUSKOP.

“Mudah-mudahan dengan adanya inisiatif ini, kita dapat memberi manfaat kepada para usahawan kecil, penjaja dan peniaga kecil di tamu-tamu desa terutamanya di luar bandar. Kita juga mewujudkan skim-skim usahawan tamu , Skim Pembiayaan Mikro kepada para penjaja dan peniaga kecil yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat, Tekun Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia.

“Kita juga menggalakkan penubuhan koperasi oleh para peniaga kecil-kecilan di Tamu Desa ini selepas mereka memulakan perniagaan di tamu pada masa akan datang,” tambahnya.

 

 

 

Share this news!
Tags: ewon benedickfasa pertamaKUSKOPSabahsiaptamu desa
Share6Tweet4

Related Posts

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

Pernas Aims For RM4 Million In Franchise Financing In Sabah This Year – Ewon

September 21, 2024

KOTA KINABALU, Sept 21 (Bernama) -- The Ministry of Entrepreneur Development and Cooperatives (KUSKOP), through its agency, Perbadanan Nasional Berhad...

MMEA NAB TWO MEN, SEIZE 901KG OF COOKING OIL IN TAWAU

Komuniti Maritim Dinasihat Tingkat Keselamatan Di Laut, Waspada Cuaca Tidak Menentu

September 21, 2024

TAWAU, 21 Sept (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menasihatkan komuniti maritim di perairan daerah ini agar meningkatkan...

Sabah Govt Closely Monitoring, Reviewing GISBH Operations

Sabah Govt Closely Monitoring, Reviewing GISBH Operations

September 20, 2024

KOTA KINABALU, Sept 20 (Bernama) -- The Sabah government, through the Sabah Islamic Affairs Coordination Committee (JaPHEIS), is closely monitoring and...

Jabatan Imigresen Sabah Terima Teguran KSN Tingkat Kualiti Perkhidmatan

Jabatan Imigresen Sabah Terima Teguran KSN Tingkat Kualiti Perkhidmatan

September 18, 2024

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah menerima teguran Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar...

SESB rugi RM16 juta akibat lombong mata wang kripto

SESB To Execute Smart Meter Installation In Two Phases

September 18, 2024

KOTA KINABALU, Sept 18 (Bernama) -- Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) will execute its smart meter project in two phases to...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025
Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025
BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com