KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor melepaskan peserta Larian Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA XX) Zon Sabah ke-20 yang berlangsung di Stadium Likas, dekat sini malam ini.
Seramai 2,515 peserta dari sektor kerajaan dan orang awam telah mengambil bahagian dalam larian tersebut yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu 5km dan 10km.
Kira-kira 1,700 peserta menyertai larian sejauh 5km manakala 815 lagi menyertai kategori 10km.
MAPPA XX telah dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) Sabah.