• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

657 Siri Tambahan Jualan Rahmah Diadakan Di Sabah Hingga Disember – Armizan

September 28, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
657 Siri Tambahan Jualan Rahmah Diadakan Di Sabah Hingga Disember – Armizan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KUNAK, 28 Sept (Bernama) — Program Jualan Rahmah (PJR) Madani yang diadakan di Sabah mendapat sambutan hangat penduduk dan setakat Januari hingga semalam sebanyak 747 siri PJR diadakan di negeri itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata susulan itu, sebanyak 657 siri tambahan PJR akan dilaksanakan di Sabah pada Oktober hingga penghujung Disember ini, melihat kepada sambutan penduduk.

Related articles

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

“PJR dimulakan sejak tahun 2023 dan mendapat sambutan cukup hangat daripada masyarakat dan ini merupakan satu langkah intervensi kerajaan bagi menangani kos sara hidup, melalui PJR ini barangan ditawarkan diberi diskaun pada kadar 10 hingga 30 peratus, sekali gus ini banyak membantu masyarakat.

“Saya mengarahkan supaya tiga bulan terakhir bagi tahun 2024 ini digandakan, diperbanyak kekerapan pengajuran PJR Madani ini, kita memutuskan untuk Sabah ini, agar diadakan tiga siri PJR setiap bulan, disetiap Dewan Undangan Negeri, jadi keseluruhan 657 siri tambahan PJR di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program sentuhan kasih bertemu masyarakat termasuk meninjau PJR yang diadakan di Dewan Arena Belia di sini pada hari ini.

Armizan dalam pada itu berharap semua wakil rakyat dapat memberi kerjasama bagi mengenal pasti lokasi golongan sasar memerlukan bantuan dalam konteks pemberian subsidi barangan dijual pada harga diskaun dengan pelaksanaan PJR di kawasan itu.

Dalam pada itu, beliau berkata KPDN mengadakan siri libat urus bersama Kementerian Kewangan dan memohon peruntukan tambahan bagi Belanjawan 2025,  yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober ini.

“Kita telah memohon salah satu komponen itu ialah peruntukan tambahan daripada Kementerian Kewangan kepada KPDN bukan hanya untuk PJR, tetapi kita menyasarkan supaya dengan peruntukan bertambah, kekerapan PJR Madani ini akan dapat diperbanyak lagi di negara ini bukan setakat Sabah, jadi kita harap permohonan ini dipertimbangkan.

“Kita juga mohon peruntukan tambahan bagi Program Pengedaran Barangan Perlu di kawasan pedalaman, kita beri subsidi pada syarikat pengangkutan untuk membolehkan barangan daripada pusat titik sumber dihantar kepada titik jualan supaya rakyat di luar bandar turut menikmati harga yang dimanfaati masyarakat di bandar,” katanya.

Sementara itu, seorang suri rumah dari Kampung Getah Tengah Asni Arsyad, 47, berharap PJR dapat diteruskan pada masa hadapan kerana program itu cukup bermanfaat khususnya untuk golongan berpendapatan rendah.

Hari ini saya beli minyak 5 kilogram, biasa di pasar raya lebih RM30 tapi untuk hari ini RM20 sahaja, begitu juga kentang hari ini kita dapat RM1 untuk 1 kilogram berbanding RM3 pada hari biasa.

“Program ini wajar diteruskan bagi kami B40 ini, hidup keras, sangat berharap kerajaan meneruskan program ini di masa hadapan, banyak jimat kalau beli di PJR, macam kentang itu, bajet dapat dikurangkan,” katanya lagi.

Penduduk Kampung Dasar Lama Muhammad Rani Mohd Jahani, 37, juga berharap PJR dikerapkan selain diperbanyak kawasan penganjurannya.

“Kalau kita tengok minyak 5 kilogram itu kalau di PJR Madani dalam RM20 satu botol, telur tadi RM15 biasa harga RM20, bawang pun murah, saya selaku penduduk harap PJR ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan,” katanya. 

Share this news!
Tags: Armizan Mohd AliKunakpendudukPJRSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

Load More

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com