KOTA KINABALU: Jika laungan para penyokong PBS dan Star ‘GRS solo’ (bertanding solo) semasa konvensyen bersama parti itu pada Sabtu diambil sebagai indikasi, terdapat kemungkinan GRS akan bertanding secara solo pada pilihan raya negeri ke-17 (PRN17).
Namun ramai pemerhati politik berpendapat
laluan GRS membentuk sekali lagi kerajaan negeri bukan mudah selpas prestasi kurang memberangsangkan lima tahun kebelakangan ini.
Sosial aktivis dan penganalisis politik Dr Kanul Gindol berkata ini kerana GRS akan berdepan
saingan sengit dari Warisan, KDM, BN, PH dan mungkin juga PN.
PBS dan Star pula terdedah kepada situasi saling kecewa dan sabotaj, dan bukan kerjasama yang jujur, katanya.
Menurut Kanul, PGRS yang diketuai Datuk Seri Hajiji Noor juga amat terkesan oleh pendedahan kes rasuah yang mengaitkan beberapa Adun, speaker dan kes ratusan juta berpanjangan Jabatan Air Sabah menghakis keyakinan rakyat terhadap integriti GRS.
“Walaupun GRS bertanding solo, itu hanya gimik mengelak dicap digunakan Malaya, sebab pemangku presiden PBS sendiri semalam akui PBS sedia terima calon parti Malaya asalka guna lambang GRS. Ramai berpendapat ini hanyalah “ploy”.
“Pemerhati berpendapat sebenarnya sudah “tiada kejujuran dan kebijaksanaan” di sini.
“Adakah kejujuran itu jka pada masa ini pun GRS sbenarnya masih membentuk kerajaan bukan sahaja PKR dan DAP bahkan PAS ada Adun Dilantik dan 5 Adun Umno?
“Yang sebenarnya GRS bukan sahaja bakal menghadapi parti-parti Malaya dan parti lokal seperti Warisan dan KDM tetapi juga menghadapi rakyat jelata yang tidak puas hati pencapaian GRS,” katanya.
Kanul berkata keyakinan GRS, terutama Star dan PBS ‘going solo’, mungkin akan ‘cut short’ jka PGRS tidak bersedia memberi ruang lebih banyak kerusi DUN kepada Star dan PBS.
“Ada 8 parti komponen dalam GRS. Berapa sangat jumlah kerusi Star dan PBS sanggup terima?
“Perjudian Star dan PBS keluar dari GRS akan datangkan lebih banyak bahaya kepada Star dan PBS sendiri kerana tiada siapa akan percaya ke mana Star dan PBS bawa kerusi mreka jka pun mreka menang beberapa kerusi.
“Siapa yang mahu bagi kerusi percuma kepada Star dan PBS? Ramai pengundi Cina pun sudah berpindah ke Warisan. Demikian pengundi Bumiputera Muslim lebih selesa ke Warisan?,” kata Kanul.
Kanul berpendapat prestasi individu pemimpin yang terlalu lama pegang kuasa yang menurun juga wajar diambil sebagai iktibar.
“Beberapa presiden parti tewas dalam pilihan raya. Kekecewaan rakyat atas prestasi buruk ditambah tren semakin lama Adun duduk semakin menebal “pilih kasih” mereka kepada ahli² sendiri saja, ini hanya satu ubatnya iaitu “buang” atau “tukar”,” katanya.
Menurut Kanul, ramai pemerhati juga berpendapat “ploy” GRS atau lebih tepat Star dan PBS kononnya mereka jadi mangsa parti-parti Malaya akan gagal kerana hanya penyokong mereka sendiri saja terutama yang rasa demikian sedangkan sebahagian mreka itu hanya ingin meneruskan jawatan mreka dalam kerajaan.
“Cuba perhatikan prestasi lima tahun ini…rakyat masih bergelut dengan isu keperluan asas termasuk masalah air, letrik dan jalan raya. Semua faktor ini akan dinilai dan kuasa rakyat atau pengundi akan menjadi penentu dalam PRN nanti,” katanya.