• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

‘Agenda Borneo’ Senjata GRS Pertahan Hak Sabah – Penganalisis

July 12, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
‘Agenda Borneo’ Senjata GRS Pertahan Hak Sabah – Penganalisis
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

TAWAU : ‘Agenda Borneo’ dilihat mampu menjadi senjata paling ampuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) akan datang, khususnya dalam mempertahankan hak dan kepentingan Sabah di pentas Persekutuan.

Penganalisis politik Sabah, Mohd Zaki Harry Susanto, berkata gagasan ‘Agenda Borneo’ bukan sekadar slogan kosong sebaliknya merangkumi perjuangan mengembalikan kuasa autonomi negeri seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Related articles

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025
UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

“Agenda Borneo ini bukan benda baharu, tetapi masih relevan sampai hari ini. Rakyat Sabah masih mahu isu royalti minyak, hasil bumi, kawalan imigresen dan kuasa pentadbiran negeri diperjuangkan tanpa kompromi,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Beliau berkata, GRS yang kini dianggotai parti-parti tempatan Sabah dilihat mempunyai ‘modal’ politik yang kuat untuk menjadikan Agenda Borneo sebagai tema utama kempen mereka.

“Rekod GRS sebelum ini menunjukkan beberapa perkara dalam MA63 berjaya dirunding semula dengan Kerajaan Persekutuan, meskipun belum sepenuhnya menepati aspirasi rakyat Sabah.

“Cuma cabaran utama GRS sekarang adalah untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Agenda Borneo ini bukan sekadar dijadikan umpan menjelang pilihan raya,” katanya.

Zaki berkata, persepsi rakyat akan menjadi penentu sama ada Agenda Borneo masih diyakini atau sudah dianggap retorik.

“Rakyat Sabah hari ini lebih bijak menilai. Kalau GRS gagal menunaikan janji berkaitan hak negeri, maka parti-parti tempatan lain seperti Warisan akan cuba menunggang sentimen ‘Sabah for Sabahan’ bagi menarik sokongan.

“Justeru, GRS perlu tampil dengan pelan tindakan yang jelas, bukan sekadar berjanji untuk menuntut tetapi menunjukkan hasil perundingan yang konkrit,” katanya.

Dalam masa sama, beliau melihat Agenda Borneo berpotensi menjadi faktor penentu di kawasan luar bandar yang masih menuntut pembangunan setara dengan Semenanjung.

“Kalau GRS berjaya yakinkan rakyat bahawa kuasa autonomi boleh mempercepat pembangunan dan menjaga hasil negeri, ia satu kelebihan besar menjelang PRN-17,” katanya.

PRN-17 Sabah dijangka diadakan bila-bila masa selepas mengambilkira pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang tempoh mandatnya berakhir pada November 2025.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak wanita Sabah meletakkan sasaran untuk kembali menjadi juara Liga Wanita Nasional (LWN) pada musim...

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang dalam institusi pengajian tinggi, Universiti Malaysia...

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

July 13, 2025

SANDAKAN: Semangat perpaduan dan sokongan akar umbi yang mantap terpancar dengan jelas dalam acara Radu Tatap Radu yang berlangsung hari...

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

Pattani, Thailand: Perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Buriram United FC yang berlangsung di Stadium Rainbow malam ini disifatkan sebagai sebagai...

Load More

TERBARU

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025
UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025
Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

July 13, 2025
Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com