• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Agenda SMJ Nampak Hasil Positif Lonjak Ekonomi, Tarik Pelabur – Hajiji

October 5, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
SMJ Agenda Boosts Sabah’s Economy, Attracts Investors – Hajiji
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) — Agenda pembangunan Sabah melalui Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul, menampakkan hasil positif dalam menarik pelabur dan melonjakkan ekonomi negeri, seterusnya membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Setelah empat tahun menerajui negeri, Hajiji menyatakan keyakinan kerajaan Sabah untuk melaksanakan hala tuju tersebut dengan memberi tumpuan kepada beberapa sektor penting, termasuk pertanian, perindustrian, dan pelancongan, serta pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Related articles

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

“Dengan sokongan jemaah kabinet negeri, segala perancangan dan dasar dapat dilaksana sesuai dasar Hala Tuju SMJ yang menjadi asas kepada corak kemajuan dan pembangunan Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena ulang tahun kelahiran rasmi ke-71 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Pada majlis itu, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendahului seramai 47 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat masing-masing.

Dalam pada itu, Hajiji berkata Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023 berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, Julai lalu.

Beliau berkata Sabah turut menerima pelaburan RM11.34 bilion, iaitu ketujuh tertinggi di Malaysia, dengan 13.3 peratus diperoleh daripada sektor pembuatan pada tahun lepas.

Mengenai sektor pelancongan, Ketua Menteri berkata Sabah menyaksikan peningkatan kehadiran pelancong seramai 1.7 juta orang setakat Januari hingga Julai tahun ini, dengan pelancong tempatan lebih 1.05 juta dan antarabangsa seramai 706,383 orang.

“Perkembangan ini jelas bahawa sektor pelancongan Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh dan dapat mencapai sasaran seramai tiga juta pelancong ke Sabah pada tahun ini,” katanya.

Menurutnya kerajaan Sabah bertekad memperhebat lagi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyatnya menerusi pelaksanaan inisiatif meliputi pelbagai sektor.

Ketua Menteri berkata kerajaan Sabah juga sedang meneroka potensi Ekonomi Biru (Blue Economy) iaitu penerokaan khazanah laut sebagai sumber ekonomi baharu dan lain-lain produk industri yang boleh dihasilkan daripadanya.

“Sabah dikelilingi oleh Laut Cina Selatan, Laut Sulu dan Laut Celebes, berpotensi tinggi untuk penerokaan dan pembangunan Ekonomi Biru. Bagi merealisasikan usaha ini, kerajaan negeri akan menganjurkan seminar bertaraf antarabangsa berkaitan ‘The Blue Economy’ pada bulan ini,” katanya.

Share this news!
Tags: agenda pembangunanHajiji NoorSabahSabah Maju JayaSMJ
Share6Tweet4

Related Posts

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

Load More

TERBARU

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com