• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Anggota MALBATT Di Lubnan Hanya Cedera Ringan – Mohamed Khaled

November 10, 2024
in Berita
Reading Time: 1 min read
MALBATT Members Involved In Explosion In Lebanon Only Slightly Injured – Mohamed Khaled
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU,  10 Nov (Bernama) — Kementerian Pertahanan mengesahkan enam anggota Batalion Malaysia (MALBATT) yang terlibat dalam insiden letupan di Lubnan hanya mengalami cedera ringan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata mereka yang cedera terdiri daripada lima anggota pasukan yang baru tiba manakala seorang lagi anggota telah berada di Lubnan.

Related articles

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025
PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

“Kementerian Pertahanan akan terus memastikan keselamatan anggota yang ditugaskan di Lubnan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Kerjasama Awam-Tentera (CIMIC) 2024 Angkatan Tentera di Balai Cerap Al-Biruni di sini hari ini.

Pada Khamis lepas, enam anggota MALBATT cedera susulan insiden letupan yang berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah pada 1.54 tengah hari waktu Lubnan atau 7.54 malam waktu Malaysia.

Letupan tersebut menyasarkan sebuah kenderaan awam lain sedang menghala ke Beirut namun turut mengakibatkan kerosakan pada sebuah bas yang membawa anggota MALBATT 850-12.

Beliau berkata berkata kedudukan anggota MALBATT yang ditempatkan di Kem Marakah berada di kawasan selamat.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata kementerian akan meneruskan semua projek pembangunan dalam sektor pertahanan di Sabah yang telah dimulakan dan sedang berjalan dengan peruntukan sebanyak RM234.5 juta.

Beliau berkata projek itu melibatkan pembangunan Kem Tentera Darat di FELDA Sahabat, Lahad Datu dan pembinaan Kem 5 Briged dan Kem 19 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kota Belud.

Selain itu, tahun depan juga banyak pembangunan dan projek pertahanan baharu di Sabah  juga akan dijalankan dengan peruntukan berjumlah RM37.6 juta, katanya.

“Ia termasuk pembangunan Pos Serudong dan Pos Bantul, pembangunan kemudahan kesihatan angkatan tentera di Kem Lok Kawi dan pembinaan bangunan kompleks Pusat Operasi Perisikan Medan (POPM) Zon Sabah,” katanya.

Share this news!
Tags: cederaCIMICLubnanMALBATT 850-12Mohamed KhaledSabah
Share6Tweet4

Related Posts

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort, Mohd Shahril Osin menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri...

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Load More

TERBARU

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025
PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com