BEAUFORT : Polis menahan lelaki warga Filipina selepas dipercayai menetak rakan negaranya akibat dendam di Kampung Balibata, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Supt Wong Leong Meng berkata, suspek berusia lingkungan 70 tahun berjaya ditahan pada hari kejadian kira-kira jam 2.30 petang di kawasan berhampiran Kampung Balibata, Beaufort.
Katanya, pihaknya turut merampas senjata digunakan suspek mengenal pasti dendam meeupakan punca kejadian berkenaan.
“Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Beaufort untuk tindakan selanjutnya manakala kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
“Dalam kejadian awal pagi semalam, seorang lelaki warga Filipina berusia 30 tahun ditemukan mati dalam keadaan tertiarap dengan kesan tetakan di bahagian siku lengan kiri dan belakang lehernya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wong berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri pada anggota badannya.