• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

July 13, 2025
in Berita
Reading Time: 4 mins read
Apabila Data Gagal Membaca Realiti
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Wan Azrain Adnan

Data itu emas. Begitulah tingginya nilai data, lebih-lebih lagi di era sains dan teknologi hari ini. Setiap masa, data dikumpul dari pelbagai sumber, baik oleh kerajaan mahupun pihak swasta. Data ini kemudiannya dianalisis untuk pelbagai tujuan — antaranya perancangan dasar kerajaan dan strategi pemasaran sektor swasta.

Related articles

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Namun, sebarang kesilapan dalam pengumpulan dan analisis data pasti akan merosakkan tujuan penggunaannya serta mencalar integriti laporan yang diterbitkan.

Pada pertengahan Jun 2025, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerbitkan laporan Survei Pelancongan Domestik 2024 yang menonjolkan prestasi sektor pelancongan domestik negara tahun lalu. Laporan itu memuatkan statistik pelawat domestik, perjalanan, perbelanjaan, dan profil sosial serta demografi.

Menurut DOSM, pelawat domestik merangkumi pelancong — iaitu mereka yang menginap sekurang-kurangnya satu malam — dan pelawat harian yang membuat perjalanan kurang daripada 24 jam dalam negara. Definisi ini merangkumi penduduk Malaysia, termasuk warganegara dan bukan warganegara, sama ada untuk urusan perniagaan, peribadi atau mengisi masa lapang.

Menariknya, laporan itu meletakkan Perak sebagai destinasi pelancong domestik utama pada 2024 dengan 10.2 juta pelancong, diikuti Selangor (9.6 juta), Pahang (9.5 juta), Johor (9.5 juta), dan Kedah (6.9 juta).

Namun, tidak lama selepas laporan itu diterbitkan, timbul suara yang mempersoalkan kesahihan angka yang dilaporkan, termasuk daripada EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang.

Menurut laporan media, EXCO itu menolak dapatan DOSM yang meletakkan Pulau Pinang di belakang Perak. DOSM melaporkan Pulau Pinang hanya mencatatkan 4.8 juta pelancong dan berada di kedudukan ke-13 dalam senarai negeri dan wilayah, lebih tinggi hanya daripada Perlis, Wilayah Persekutuan Putrajaya, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Ini adalah prestasi yang sangat buruk bagi Pulau Pinang,” katanya.

Beliau juga mendakwa angka dalam laporan DOSM tidak berasaskan rekod sebenar, sebaliknya hanya diperoleh melalui kaedah pensampelan yang dianggap terhad dan tidak mencerminkan situasi sebenar industri pelancongan negeri itu. Berdasarkan statistik rasmi Tourism Malaysia, Pulau Pinang sebenarnya menerima lebih 5.23 juta pelancong tempatan yang menginap di hotel pada 2024 — lebih tinggi daripada Perak yang mencatat 4.18 juta pelancong tempatan menginap di hotel.

Beliau menegaskan, data pelancongan dari laporan DOSM boleh digunakan sebagai rujukan awal tetapi tidak sesuai dijadikan ukuran untuk membandingkan prestasi antara negeri dan wilayah di Malaysia.

Nada serupa turut kedengaran apabila media melaporkan pihak tertentu mempersoalkan Laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negeri Sabah 2025 yang diterbitkan DOSM pada awal Julai lalu.

Dalam laporan itu, DOSM menyatakan jumlah dagangan Sabah meningkat 2.7% daripada RM105 bilion pada 2023 kepada RM107.8 bilion pada 2024 — tahun ketiga berturut-turut Sabah mencatat dagangan melebihi RM100 bilion, selepas RM118.1 bilion pada 2022.

Bagaimanapun, jumlah eksport Sabah dilaporkan menurun sedikit sebanyak 2.3%, daripada RM62.8 bilion kepada RM61.3 bilion, sementara import Sabah meningkat 10.2%, daripada RM42.2 bilion kepada RM46.4 bilion.

Ketua Penerangan UMNO Sabah mendakwa penurunan RM57.23 bilion dalam import dan RM59.26 bilion dalam eksport menunjukkan kemerosotan perdagangan yang ketara, sekali gus mencerminkan kehilangan keyakinan pelabur terhadap pentadbiran kerajaan negeri. Naib Presiden Warisan pula menyifatkan kejatuhan import sebagai isyarat kebimbangan terhadap aktiviti ekonomi Sabah.

Namun, dakwaan kedua-dua pemimpin politik itu dilihat tidak tepat, memandangkan berlaku kekeliruan terhadap data yang diumumkan DOSM. Hakikatnya, dagangan Sabah meningkat dan kekal kukuh melebihi RM100 bilion, termasuk pertumbuhan positif import. Dalam bahasa mudah, aktiviti perdagangan Sabah terus berkembang.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah menjelaskan bahawa pihaknya telah meminta penjelasan daripada DOSM mengenai kekeliruan angka tersebut. Menurut beliau, pada 2023 DOSM melaporkan lonjakan luar biasa dagangan Sabah berjumlah RM158 bilion, tetapi angka itu kemudiannya dilaporkan merosot kepada RM43 bilion pada 2024.

DOSM kemudiannya menjelaskan bahawa angka RM43 bilion itu hanya merujuk kepada jumlah dagangan antarabangsa Sabah, iaitu eksport luar negeri sebanyak RM32.1 bilion dan import luar negeri RM10.9 bilion, tanpa mengambil kira dagangan Sabah dengan Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Sebahagian besar perdagangan Sabah sebenarnya adalah dengan Semenanjung Malaysia (46.8%), manakala perdagangan antarabangsa melibatkan China (11.1%), Thailand (5.3%), Republik Korea (3.7%) dan Jepun (3.6%).

Selain itu, data daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dikatakan memberi gambaran lebih konsisten mengenai prestasi perdagangan Sabah. Walaupun laporan DOSM dan MIDA di peringkat nasional mencatat jumlah dagangan yang selaras — RM2.6 trilion pada 2023 dan RM2.9 trilion pada 2024 — terdapat perbezaan lebih RM100 bilion bagi data khusus Sabah.

Perbezaan ini, menurut menteri terbabit, berpunca daripada perbezaan kaedah pengumpulan data oleh agensi-agensi berkaitan, yang akhirnya menghasilkan dapatan berbeza dan membawa kepada kesimpulan yang kurang tepat.

Isu kekeliruan data kerajaan persekutuan mengenai Sabah bukan kali pertama berlaku. Pada Mac 2024, ketika persidangan Dewan Rakyat, Menteri Ekonomi Malaysia mengumumkan Sabah mencatat kadar kemiskinan tegar 1.2% — enam kali ganda lebih tinggi berbanding kadar nasional 0.2%.

Kenyataan itu dipertikaikan Ketua Menteri Sabah yang memaklumkan bahawa data kerajaan negeri, yang disahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), menunjukkan angka yang jauh berbeza.

Pada Ogos 2024, Ketua Menteri Sabah mengumumkan negeri itu berjaya mencapai matlamat Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 (2021–2025) dengan menghapuskan insiden miskin tegar pada Julai 2024.

Data yang dilaporkan kerajaan persekutuan bukan saja menimbulkan pertikaian di peringkat kerajaan negeri, tetapi juga mencetuskan keraguan rakyat terhadap ketepatan dan kesahihannya. Tidak hairanlah wujud ‘cakap-cakap kedai kopi’ yang mendakwa data kerajaan ‘diolah’ atau ‘diurut’ mengikut naratif tertentu, walaupun setakat ini tiada bukti yang dapat mengesahkan dakwaan itu.

Sebagai langkah pembetulan, kerajaan Malaysia telah melancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) pada Januari 2024 — satu inisiatif penting yang diterajui Menteri Ekonomi yang kini telah meletak jawatan. Namun, persoalan yang timbul: adakah PADU akan diketepikan, seperti menterinya?

Akhirnya, satu mesej jelas perlu diambil kira: silap data, rosak agenda negara.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

Oleh Normimie Diun PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Festival Kepenggunaan 2025 (CONFEST 2025) selama...

Load More

TERBARU

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025
CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com