KOTA KINABALU – Malaysia kini sedang berada di tengah-tengah transformasi besar dalam sektor tenaga. Pelan RMK-12 dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) menjadi tonggak dasar negara ke arah mencapai ekonomi rendah karbon menjelang 2050, dengan penekanan terhadap tenaga boleh diperbaharui seperti solar, hidro kecil, biojisim dan biogas Usaha ini selaras dengan usaha global untuk menangani perubahan iklim dan memastikan kelestarian tenaga jangka panjang.
Selaras dengan Trend antarabangsa, Malaysia pula menetapkan sasaran pengurangan intensiti karbon sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai status sifar bersih menjelang 2050. Negara-negara lain seperti EU, China dan Jepun turut mensasarkan neutraliti karbon dalam tempoh antara 25 hingga ke 35 tahun akan datang sejajar dengan dasar “Fit for 55” dan pelaksanaan cukai karbon.
Pelaksanaan NETR dan pembidikan sasaran kapasiti 70% tenaga boleh baharu menjelang 2050, menjadikan pendekatan menyeluruh seperti yang diguna pakai oleh B.Grimm dilihat semakin relevan dan diperlukan serta dijadikan rujukan untuk pembangunan tenaga di peringkat nasional dan serantau.
Visi Multinasional Berteraskan Belas Ihsan
B.Grimm Power adalah sebahagian daripada B.Grimm, salah satu syarikat korporat tertua di Thailand yang ditubuhkan pada tahun 1878. Walaupun B.Grimm mempunyai warisan hampir 150 tahun, B.Grimm Power telah berkembang menjadi peneraju multinasional dalam penghasilan tenaga bersih, terkenal dengan kepakaran mendalam dan kehadiran dipercayai di pasaran global.
Kini, B.Grimm Power mengendalikan lebih 60 loji jana kuasa dan mempunyai projek di 15 negara di Asia, Eropah dan rantau lain, dengan sasaran memperoleh komitmen 10,000 megawatt dalam bentuk Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) menjelang 2030.
Falsafah yang memandu kedua-dua syarikat mencerminkan semangat bersama mereka. B.Grimm memegang moto “Menjalankan Perniagaan dengan Belas Ihsan,” manakala B.Grimm Power membawa misi “Memperkasa Dunia dengan Belas Ihsan.”
Prinsip-prinsip inilah yang menjadi asas kepada komitmen B.Grimm Power bukan hanya untuk membekalkan tenaga bersih dan stabil, tetapi juga memastikan amalan perniagaannya mengangkat martabat manusia, melindungi alam sekitar, dan menyumbang kepada matlamat kelestarian global
Memetik kata-kata pengerusinya Dato’ Dr Harald Link, “Segala usaha kami berlandaskan belas ihsan, kerana kami percaya kuasa tidak seharusnya diperoleh dengan mengorbankan manusia atau alam,”.
Pendekatan Dua Hala: Keselamatan Tenaga Dan Penglibatan Sosial
Satu ciri utama pendekatan B.Grimm Power adalah gabungan keselamatan tenaga melalui bekalan yang bersih dan stabil, dengan keadilan sosial melalui sokongan kepada komuniti setempat dalam bentuk pendidikan, kesihatan, dan pemuliharaan alam sekitar.
Model ini dapat dilihat bukan hanya di Asia Tenggara seperti di Laos dan Vietnam tetapi juga di projek antarabangsa lain, di mana inisiatif tenaga sering digabungkan dengan sumbangan bermakna kepada komuniti tempatan seperti bantuan kepada sekolah luar bandar, hospital, dan program pemuliharaan hidupan liar.
Di Malaysia, B.Grimm Power juga terlibat dalam program Large Scale Solar (LSS) dan pelbagai inisiatif berteraskan komuniti untuk memperluas akses kepada tenaga solar serta menyokong pembangunan mampan.
Bidang Pendidikan juga menjadi tunjang kepada strategi kelestarian jangka panjang B.Grimm Power. Melalui aktiviti penglibatan sosial, syarikat ini menawarkan biasiswa, latihan vokasional, serta inisiatif STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) dengan kerjasama universiti dan agensi Kerajaan khususnya di Thailand untuk mempromosikan kerjaya mampan dalam kalangan belia.
Pendekatan ini juga selaras dengan keutamaan pembangunan Malaysia, yang memberi penekanan kepada kemajuan seimbang dalam bidang ilmu dan kemahiran teknologi.

Alam Sekitar, Nilai Kemanusiaan dan Harapan ASEAN
Selain tenaga dan pendidikan, B.Grimm Power turut aktif dalam bidang seni, budaya dan sukan.
Mereka memperluaskan penglibatan komuniti merentasi bidang pendidikan, pembangunan kehidupan dan pemeliharaan alam sekitar. Inisiatif seperti The Little Scientists’ House, Program Biasiswa Kejururawatan, dan Projek Selamatkan Harimau menjadi bukti komitmen syarikat untuk mencipta nilai bersama di setiap lokasi operasinya.
Dalam bidang seni dan budaya, B.Grimm terus menyokong Royal Bangkok Symphony Orchestra (RBSO) dan telah menjalinkan kerjasama dengan Tokyo Symphony Orchestra bagi memperkukuh landskap muzik klasik Thailand.
Syarikat itu turut menganjurkan Festival Lumpini Waltz serta memulihkan semula Pentas Hiburan Bersejarah di Taman Lumpini manakala di peringkat antarabangsa, B.Grimm juga turut menyokong Konsert di Taman 2024 oleh Seoul Philharmonic Orchestra, yang menarik lebih 4,000 penonton, sekaligus menjadikan muzik klasik lebih mudah diakses.
Dalam bidang sukan, B.Grimm berbangga menaja Piala Puteri Korea 2024, malah buat julung kalinya mereka turut memberikan sokongan kepada pasukan paralimpik kebangsaan Malaysia dalam persiapan ke Sukan Paralimpik Paris, sebagai sebahagian daripada komitmen untuk memperkasa individu dan komuniti merentas sempadan.
B.Grimm percaya bahawa dalam era peralihan ke arah ekonomi rendah karbon, pembangunan mampan tidak hanya berkisar kepada teknologi, tetapi juga nilai kemanusiaan dan kelestarian alam sekitar melalui pendekatan belas ihsan.
Bertitik tolak daripada ini, B.Grimm Power berperanan bukan sekadar sebagai pembekal tenaga, malah ia adalah rakan pembangunan serantau yang membawa nilai, harapan dan perubahan jangka panjang.
Dengan fokus ke arah ASEAN yang lebih hijau dan inklusif, syarikat ini terus berusaha bukan hanya untuk menerangi bandar, tetapi juga untuk menerangi kehidupan