• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Bantuan KPT Pastikan Pelajar Kurang Berkemampuan Dapat Teruskan Pengajian

October 10, 2024
in Berita
Reading Time: 1 min read
UMS Looks Out For Underprivileged Students
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 10 Okt (Bernama) — Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menerusi Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan memberikan bantuan bersesuaian kepada mana-mana pelajar kurang berkemampuan yang ditawarkan tempat ke universiti itu.

Mengulas mengenai pelajar, Crisnanalina Jumis, 20, dari Paitan yang menghadapi kesukaran menyambung pengajian ke UMS disebabkan masalah kewangan, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata kerajaan Persekutuan dan Sabah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada semua pelajar yang boleh didapati melalui bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti.

Related articles

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

“Ini bukan untuk kes Crisnanalina sahaja, bahkan tersedia buat semua mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mustapha berkata beliau telah menerima taklimat daripada UMS berhubung perkara itu dan Crisnanalina akan dibawa dari kampungnya dan mendaftar di UMS esok. 

“Kita cuba sedaya upaya mempermudah urusan pendaftaran pelajar yang memerlukan. Selain itu, Yayasan Perkasa Siswa (YPS-KPT) akan memberikan bantuan awal pengajian bernilai RM1,000 yang bakal disalurkan secara terus ke akaun beliau.

“Sekali lagi saya ucapkan berbanyak terima kasih atas keprihatinan semua. Semangat prihatin sebegini harus diteruskan dalam kalangan rakyat sesuai elemen Ihsan dalam gagasan Malaysia MADANI. Saya doakan adik Crisnanalina selamat maju jaya di menara gading, kami di KPT sedia membantu,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial impian Crisnanalina melanjutkan pelajaran masih samar akibat kekangan kewangan kerana walaupun mendapat tawaran belajar di UMS, keluarganya tidak mampu membayar RM3,000 untuk pendaftaran dengan tarikh akhir pada 14 Okt ini serta perbelanjaan lain.

Pelajar berkenaan juga cuba memohon bantuan kewangan sekali bayar kerajaan negeri menerusi laman sesawang https://.sabah.gov.my namun sambungan internet yang lemah di kampungnya menyukarkan proses permohonan.

 

 

Share this news!
Tags:   KPTCrisnanalina JumisHEPkos pengajianMustapha SakmudUMS
Share6Tweet4

Related Posts

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Load More

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com