• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Belanjawan 2025: Anwar Gesa Sabah Selesaikan Isu Infrastruktur Dengan Cekap

October 19, 2024
in Berita
Reading Time: 1 min read
Belanjawan 2025: Anwar Gesa Sabah Selesaikan Isu Infrastruktur Dengan Cekap
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 19 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan Sabah untuk menyelesaikan masalah infrastruktur di negeri itu dengan cekap susulan peningkatan peruntukan pembangunan bagi Sabah dalam Belanjawan 2025.

Beliau berkata walaupun belanjawan itu tidak akan menyelesaikan semua masalah yang melibatkan antaranya sekolah dan hospital, namun peruntukan itu ialah usaha berani kerajaan Persekutuan untuk menangani isu infrastruktur di Sabah.

Related articles

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025
UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Anwar berkata beliau mahu semua masalah infrastruktur termasuk menaik taraf sekolah dan hospital di Sabah dilakukan dengan efisien dan telus.

“Ia usaha yang berani (untuk menyelesaikan isu infrastruktur) dan kita akan terus melakukannya. Tugas anda (kerajaan negeri) adalah untuk memastikan ia (projek) dilaksanakan dengan cekap dan telus.

“Kita tidak mahu sebarang kerugian disebabkan kelewatan, pembaziran, komisen atau rasuah. Itu tanggungjawab anda sekarang, untuk menjayakannya,” kata beliau ketika merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) 2024 di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu, Anwar berkata Sabah, negeri kedua terbesar di Malaysia, mempunyai banyak kawasan yang dianggap kurang membangun.

“Kita telah membelanjakan dana yang besar untuk projek Pan Borneo yang masih berjalan, ia hampir selesai di Sarawak, tetapi perlu digesa lagi di Sabah,” kata beliau.

Semalam, Hajiji berkata Belanjawan 2025 mencerminkan langkah progresif Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kehidupan rakyat yang makmur tanpa menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara.

Hajiji yang menyambut baik keutamaan yang terus diberikan kepada Sabah, berkata peruntukan yang dicadangkan sebanyak RM6.7 bilion untuk negeri itu tahun depan menunjukkan peningkatan 0.45 peratus berbanding RM6.67 bilion tahun ini.

Beliau berkata peruntukan itu mencukupi untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun terakhir Rancangan Malaysia ke-12 pada 2025.

— BERNAMA

 

 

Share this news!
Tags: anwar ibrahimBelanjawan 2025Hajiji NoorinfrastrukturperuntukanSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak wanita Sabah meletakkan sasaran untuk kembali menjadi juara Liga Wanita Nasional (LWN) pada musim...

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang dalam institusi pengajian tinggi, Universiti Malaysia...

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

July 13, 2025

SANDAKAN: Semangat perpaduan dan sokongan akar umbi yang mantap terpancar dengan jelas dalam acara Radu Tatap Radu yang berlangsung hari...

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

Pattani, Thailand: Perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Buriram United FC yang berlangsung di Stadium Rainbow malam ini disifatkan sebagai sebagai...

Load More

TERBARU

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025
UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025
Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

July 13, 2025
Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com