• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Belanjawan 2025 Diharap Ambil Kira Keperluan Industri Media Di Sabah

October 8, 2024
in Berita
Reading Time: 3 mins read
Belanjawan 2025 Diharap Ambil Kira Keperluan Industri Media Di Sabah
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Arthur Edward

KOTA KINABALU, 8 Okt (Bernama) — Belanjawan 2025 diharap  mengambil kira keperluan pengamal media dan industri persuratkhabaran di Sabah bagi memastikan industri berkenaan terus berupaya memainkan peranannya menyumbang kepada pembangunan negara secara berkesan.

Related articles

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025
Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

Ketua Pengarang Utusan Borneo Sabah Datuk Lichong Angkui berkata pengamal dan industri media di negeri itu perlu diberi galakan berupa insentif dan subsidi memandangkan prasarana telekomunikasinya masih ketinggalan berbanding di Semenanjung disebabkan keadaan geografi dan topografinya.

“Kita berharap menerusi Belanjawan 2025 ini akan ada pakej dan insentif khusus bagi pengamal media, contohnya rebat bil telefon bimbit ditingkatkan kadarnya bagi pengamal media di Sabah berbanding di Semenanjung.

“Mungkin juga diberi pertimbangan diberikan subsidi khas bagi pembelian komputer riba dan gajet lain yang digunakan wartawan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dua perkara itu perlu diberi pertimbangan, mengambil kira kos sara hidup di Sabah yang jauh lebih tinggi, sedangkan kadar upah dan penggajian pengamal media tempatan di negeri itu jauh lebih rendah.

Katanya, ketidakseimbangan kadar gaji pengamal media antara Sabah dengan Semenanjung, antaranya disebabkan tiada kesatuan sekerja di negeri itu yang memperjuangkan nasib mereka menerusi Perjanjian Bersama (CA) seperti di Semenanjung.

Pada masa sama, Lichong turut mencadangkan supaya kerajaan berusaha meningkatkan kadar penembusan jalur lebar di Sabah memandangkan ketika ini masih banyak kawasan tidak mempunyai liputan Internet yang baik.

“Ada beberapa lokasi di Sabah yang tidak jauh dari pusat bandar pun, liputan Internet amat sukar diperoleh sedangkan di Semenanjung orang sudah bercakap mengenai 5G. Perluasan penembusan jalur lebar penting kerana ia dapat menyokong industri surat khabar di Sabah yang kebanyakannya sudah mempelbagaikan kegiatan (perniagaan), termasuk secara dalam talian.

Lichong yang juga Ahli Majlis Pentadbir Ikatan Setiakawan Wartawan Indonesia-Malaysia (ISWAMI) berkata operasi media di Sabah masih boleh bertahan di sebalik cabaran dunia digital namun kebanyakannya sudah mengecilkan saiz dan operasi susulan pengiklan semakin berkurangan.

“Dalam hal ini, kerajaan boleh memikirkan kemungkinan menyediakan insentif atau subsidi untuk pembelian kertas yang digunakan akhbar, bukan saja di Sabah tetapi juga di seluruh negara kerana ia akan membantu mengurangkan kos operasi syarikat persuratkhabaran,” katanya.

Beliau juga berharap kerajaan memperkenalkan pendekatan proaktif bagi menyelamat dan membangunkan industri media di negara ini keseluruhannya.

“Satu daripada pendekatan yang boleh difikirkan adalah menerusi pengecualian cukai kepada pengamal media dan pemain industri surat khabar, khususnya di Sabah,” katanya.

Pemilik portal Sabah News Today (SNT) Zakaria Damit berkata media di Sabah sangat mengharapkan Belanjawan 2025 memberikan subsidi pembelian peralatan serta inisiatif lain kepada pengamal media terutamanya pembelian telefon bimbit, komputer riba serta kemudahan subsidi berterusan Telco.

“Ini kerana kebanyakan pengamal media ketika ini hanya beroperasi di luar pejabat serta sangat memerlukan peralatan seperti ini untuk menyiapkan sebarang tugasan mereka.

“Jika dahulu pengamal media lebih tertumpu kepada camera digital untuk membuat setiap tugas namun kini telah beralih kepada hanya beroperasi dalam apikasi telepon pintar,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata kerajaan terutama Kementerian Komunikasi harus memberi perhatian serius terhadap media beroperasi secara dalam talian tanpa berdaftar terutama di Sabah yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.

“Mereka beroperasi tanpa kawalan serta melakukan tugas pemberitaan tanpa segan silu terutama dalam membuat liputan berunsur jenayah dan sebagainya. Jadi apa garis panduan serta akta yang perlu diambil kepada media tidak berdaftar ini agar tidak mencemarkan identiti pengamal media berdaftar di Sabah,” katanya.

Beliau berkata kerajaan juga wajar menyalurkan sedikit suntikan dana kepada media berdaftar terutama di Sabah bagi membolehkan perkhidmatan mereka sentiasa releven dengan keperluan semasa serta dapat meneruskan operasi mereka pada masa depan.

“Ini kerana kebanyakan pengendali media dalam talian tidak mempunyai kakitangan yang ramai serta beroperasi di rumah. Bagi mengekalkan portal ini terus bersaing, pihak kerajaan perlu menyalurkan dana  bersesuaian bagi memastikan operasi media Sabah sentiasa relevan,” katanya.

Bagaimanapun, Zakaria berkata suntikan dana oleh kerajaan itu hanya perlu diberi kepada pengamal media yang berdaftar secara sah di Sabah.

 

Share this news!
Tags: Belanjawan 2025mediaportalSabahtempatan
Share6Tweet4

Related Posts

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang dalam institusi pengajian tinggi, Universiti Malaysia...

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

Pattani, Thailand: Perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Buriram United FC yang berlangsung di Stadium Rainbow malam ini disifatkan sebagai sebagai...

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

July 13, 2025

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Momogun National Congress (MNC) harus menerajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat...

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Seramai 2,515 orang peserta dari pelbagai sektor Kerajaan dan orang awam menyertai larian Majlis...

Load More

TERBARU

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025
Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025
MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

July 13, 2025
Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com