• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Belanjawan 2025: Perkukuh Sektor Tanaman Padi Untuk Hapuskan Kemiskinan Di Sabah

October 13, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
TWO PADI MINI-ESTATES DEVELOPED IN SABAH TO INCREASE RICE PRODUCTION
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 13 Okt (Bernama) — Sektor pertanian, khususnya tanaman padi di luar bandar dan pedalaman Sabah, memerlukan lebih banyak peruntukan dan insentif dalam Belanjawan 2025, bagi memastikan sektor tersebut dapat menjadi pemangkin kepada penghapusan kemiskinan terutama kemiskinan tegar, di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan negeri, berkata tanah yang luas dimiliki penduduk Sabah perlu dimanfaatkan sepenuhnya melalui Belanjawan 2025 untuk merealisasikan hasrat ini.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

“Kita berharap Belanjawan 2025 membawa perubahan yang ketara. Kita tidak mahu belanjawan kita kekal sama seperti tahun-tahun sebelumnya tanpa sebarang perubahan atau perancangan baharu.

“Kita mahu peruntukan untuk sektor pertanian ditingkatkan agar Lembaga Padi dan Beras Sabah, yang telah diwujudkan semula dapat digerakkan dengan lebih berkesan bagi membantu pesawah meningkatkan ekonomi mereka. Ini penting supaya rakyat kita tidak lagi hidup dalam kemiskinan,” katanya.

Menurut Jeffrey, rakyat Sabah terutamanya di luar bandar dan pedalaman, memiliki tanah mereka sendiri. Oleh itu, kerajaan negeri berhasrat membantu mereka memanfaatkan tanah tersebut sepenuhnya untuk meningkatkan pendapatan dan tahap ekonomi, sekali gus mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Kadar Sara Diri (SSL) beras di Sabah kini hanya mencapai 22 peratus berbanding keperluan penduduk, jauh lebih rendah berbanding tahun 1980 yang mencatatkan kadar 51 peratus. Ini menunjukkan terdapat peluang pasaran yang luas, hampir 80 peratus, bagi meningkatkan pengeluaran beras untuk memenuhi keperluan penduduk.

Pada Julai lalu, seramai 22,510 ketua isi rumah yang berada dalam senarai miskin tegar sehingga 31 Jan tahun lepas berjaya dikeluarkan daripada status tersebut melalui Fasa Satu Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar di Sabah.

Walau bagaimanapun, berdasarkan statistik Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) Jabatan Ketua Menteri, masih terdapat 4,634 ketua isi rumah yang kekal berada dalam kategori miskin tegar sehingga Julai tahun ini,.

Kota Belud, yang memiliki kawasan jelapang padi terbesar di Sabah dengan keluasan 7,000 hektar, menjadi kawasan penting dalam usaha ini. Para pesawah di kawasan tersebut berharap agar kerajaan dapat memberikan bantuan dan insentif yang sesuai melalui Belanjawan 2025.

Johneysius Sinson, 41, seorang pesawah dari Kampung Tampasuk 1, berkata masalah sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik sering menyebabkan banjir di kawasan sawah, menghalang tanaman padi dilakukan dengan berkesan.

Beliau berharap Belanjawan 2025 akan menyediakan peruntukan khas untuk menyelenggara infrastruktur sawah serta melaksanakan langkah tebatan banjir di kawasan terlibat.

“Saya ada lebih dua hektar sawah, tetapi sukar untuk mengusahakannya. Walaupun kami boleh menanam dua kali setahun, menanam sekali pun sukar. Kerajaan memang ada membina sistem perparitan, tetapi ia tidak diselenggara dengan baik. Saya berharap Belanjawan 2025 dapat mengatasi masalah ini,” katanya.

Beliau juga berharap Belanjawan 2025 akan memperkenalkan inisiatif teknologi baharu, benih dan baja berkualiti serta latihan kepada pesawah bagi meningkatkan pengeluaran padi.

Main Gandilau, 63, pesawah dari Kampung Tampasuk 2, berkata Program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan yang dilaksanakan di Kota Belud merupakan inisiatif yang mampu membantu pesawah. Beliau berharap program tersebut dapat diperluaskan ke kawasan lain di jelapang padi tersebut.

“Kami di sini bukan orang kaya. Apabila kami dapat menghasilkan lebih banyak padi, pendapatan kami meningkat. Setakat ini, program SMART SBB telah melibatkan 100 hektar sawah, dan saya berharap Belanjawan 2025 akan meluaskan program ini supaya lebih ramai pesawah dapat menikmati manfaatnya,” katanya.

Pada 14 Julai lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu melancarkan SMART SBB Ala Sekinchan di Kawasan Pertanian Pembangunan Bersepadu (IADA) Kota Belud.

Projek rintis ini bertujuan meningkatkan hasil tanaman padi dengan menggunakan teknologi dan kaedah terbaik seperti yang diamalkan di Sekinchan, Selangor.

 

Share this news!
Tags: Belanjawan 2025beraspadipertanianSabahsawah
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

Pattani, Thailand: Perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Buriram United FC yang berlangsung di Stadium Rainbow malam ini disifatkan sebagai sebagai...

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

July 13, 2025

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Momogun National Congress (MNC) harus menerajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat...

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Seramai 2,515 orang peserta dari pelbagai sektor Kerajaan dan orang awam menyertai larian Majlis...

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadikan ‘Accreditation of Prior Experiential Learning Qualification’ (APEL. Q) sebagai alternatif bagi...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025
MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

July 13, 2025
Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com