• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Belanjawan 2025: Peruntukan Infrastruktur Penting Untuk Sabah – Shahelmey

October 16, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
GOVT URGED TO PRIORITISE PAN BORNEO HIGHWAY PROJECT IN SABAH’S INTERIOR
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 16 Okt (Bernama) — Sabah percaya dengan komitmen kerajaan Persekutuan untuk mendengar dan memahami keutamaan yang diperlukannya bagi memastikan ia boleh terus maju dengan memiliki infrastruktur asas yang setanding dengan negeri-negeri lain, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.

Beliau berkata kesinambungan penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur kepada Sabah dalam Belanjawan 2025 amat penting untuk memastikan penyediaan kemudahan asas seperti jalan raya luar bandar, bekalan elektrik dan air dilakukan secara berterusan demi manfaat rakyat.

Related articles

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025
Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

Shahelmey turut menyuarakan harapan agar peruntukan kepada Sabah dalam Belanjawan 2025 dapat ditingkatkan berbanding tahun-tahun sebelumnya, selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kadar pemberian khas interim kepada Sabah dan Sarawak dinaikkan kepada RM600 juta mulai tahun depan.

“Dalam aspek pembangunan infrastruktur, kerajaan Sabah sering menyatakan bahawa kita memerlukan peruntukan tambahan terutama bagi infrastruktur bekalan elektrik, air dan jalan raya.

“Selain jalan raya kita juga memerlukan peruntukan tambahan dalam penyelenggaraan infrastruktur jalan lama, pembaikan cerun, pemasangan lampu jalan serta pembetungan dan perparitan. Penggantian peralatan usang dalam sistem bekalan air juga sangat diperlukan di Sabah,” kata kepada Bernama baru-baru ini.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya negeri berkata pembangunan tiga struktur asas iaitu elektrik, air dan jalan raya perlu diberi tumpuan khusus untuk kemudahan rakyat serta merapatkan jurang perbezaan infrastruktur antara Sabah dan Semenanjung.

Ahli Parlimen Putatan itu juga berpandangan sekolah daif dan klinik kesihatan di Sabah perlu dinaik taraf memandangkan masih ada bangunan dalam struktur kayu yang berusia puluhan tahun selain berharap kerajaan Persekutuan dapat membekalkan peralatan terkini bagi pejabat Persekutuan termasuk Jabatan Imigresen di negeri itu.

Sementara itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali juga menyuarakan harapan agar kerajaan Persekutuan menambah peruntukan pembangunan infrastruktur jalan raya luar bandar Sabah, terutama jalan raya yang tidak termasuk dalam jajaran Lebuh Raya Pan Borneo.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Papar berkata usaha mengatasi isu air di Papar sudah dimulakan menerusi pembinaan Loji Rawatan Air Kogopon, dan beliau berharap pelaksanaannya dapat segerakan. 

“Selain itu pembinaan dua jalan utama iaitu Sabindo-Sungai Kinarut dan Melinsung-Papar Spur yang dimasukkan dalam belanjawan lepas, kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan reka bentuk sebelum pelantikan kontraktor,” katanya.

Beliau berkata isu legasi infrastruktur utama di Papar telah dimasukkan dalam belanjawan tahun lepas dan beliau berharap pelaksanaanya dapat disegerakan.

 

 

 

 

Share this news!
Tags: Armizan Mohd AliBelanjawan 2025harapanSabahShahelmey Yahya 
Share6Tweet4

Related Posts

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang dalam institusi pengajian tinggi, Universiti Malaysia...

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

Pattani, Thailand: Perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Buriram United FC yang berlangsung di Stadium Rainbow malam ini disifatkan sebagai sebagai...

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

July 13, 2025

PENAMPANG: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, Momogun National Congress (MNC) harus menerajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat...

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Seramai 2,515 orang peserta dari pelbagai sektor Kerajaan dan orang awam menyertai larian Majlis...

Load More

TERBARU

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025
Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025
MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

July 13, 2025
Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com