TAWAU : Belia bercita-cita menjadi pemain bola sepak secara profesional disaran agar sentiasa berdisiplin sekali gus berusaha mendapatkan jurulatih bertauliah.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, ramai pemain bola sepak dilihat mempunyai potensi dan boleh digilap kemahiran mereka.
Katanya, banyak kelab bola sepak yang sudah diwujudkan untuk melatih pemain dari peringkat kanak-kanak dan ini satu perkembangan yang cukup baik.
“Sebenarnya untuk melahirkan pemain bola sepak yang berkemahiran tinggi memerlukan masa yang lama dan perlu mendapat latihan daripada jurulatih bertauliah.
“Saya menasihatkan semua ibu bapa yang merancang untuk menjadikan anak-anak mereka pemain bola sepak profesional supaya mencari jurulatih bertauliah bermula sekarang,” kata di sini kelmarin.
Nizam merupakan Presiden Tawau FA berkata, semua pemain bola sepak dinasihatkan supaya mengelakkan diri dengan perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka.
“Sekiranya semua pemain berminat untuk terus bergiat aktif dalam dunia bola sepak, mereka perlu rajin berlatih dan mencari peluang-peluang yang disediakan oleh pelbagai pihak
“Kota ucapkan terima kasih kepada pengurusan Sabah FC kerana memilih perbandaran Tawau sebagai destinasi jelajah mereka,” jelas Nizam.
Menurutnya, kehadiran Sabah FC ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak Tawau untuk terus bergiat aktif dalam dunia bola sepak.
“Saya berharap agar Sabah FC akan terus menempah nama dan kejayaan dalam liga Super Malaysia yang sedang berlangsung ketika ini,” kata Nizam.