• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Bukan masa untuk menuding jari, sama-sama majukan Penampang – Pemuda UPKO

October 2, 2024
in Berita, Fokus
Reading Time: 2 mins read
Bukan masa untuk menuding jari, sama-sama majukan Penampang – Pemuda UPKO
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

PENAMPANG : Ketua Pemuda Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
Penampang, Billy Joe Dominic tampil menjawab dakwaan Naib Presiden Parti Warisan, Terrence Siambun mengenai Pelan Mitigasi Banjir, Hospital dan pembangunan di Penampang seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini.

Mengenai Pelan Mitigasi Banjir di Penampang, Billy Joe berkata dakwaan bahawa Warisan telah meluluskan pelan mitigasi banjir di Penampang adalah tidak benar.

Related articles

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

“Sebenarnya, pelan ini diluluskan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebelum Warisan memerintah. Namun, pelaksanaan projek Tebatan Banjir Penampang terhenti selama hampir tiga tahun disebabkan oleh kekurangan peruntukan untuk mengalihkan utiliti dan masalah pemindahan penduduk di kawasan pembinaan tebatan banjir.

Namun katanya apabila Datuk Ewon Benedick mengambil alih sebagai Ahli Parlimen Penampang, beliau berusaha mendapatkan peruntukan tambahan dan mempermudahkan urusan agensi kerajaan yang bertanggungjawab melaksanakan projek tersebut. Kini, dengan usaha Ewon, projek tebatan banjir sedang giat dijalankan demi manfaat penduduk Penampang.

Berhubung dakwaan Terence kononnya Hospital Penampang telah diluluskan semasa era pemerintahan Warisan, Billiy Joe berkata hakikat dan kenyataannya, tiada hospital yang diluluskan pada masa itu.

Sebaliknya, hanya sebuah klinik kelas 3 yang dirancang untuk dibina. Klinik ini dijangka akan ditender pada tahun 2025. Peruntukan asal untuk projek ini telah ditarik balik kerana kegagalan pelaksanaannya pada waktu yang ditetapkan.

“Sekali lagi, Ewon memainkan peranan untuk memohon agar peruntukan tersebut disalurkan semula untuk memastikan pembinaan klinik ini dapat diteruskan,” katanya.

Billy Joe berkata dalam aspek pendidikan di Penampang, kerajaan telah menyediakan peruntukan tahunan kepada sekolah-sekolah di Penampang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti.

Selain itu, pelajar dari Penampang juga mendapat manfaat daripada pinjaman boleh ubah Yayasan Bank Rakyat serta biasiswa Angkasa yang ditawarkan kepada anak-anak ahli Koperasi yang ingin melanjutkan pelajaran.

“Agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memainkan peranan aktif dalam menyokong sekolah-sekolah dan membantu pembangunan pendidikan di Penampang,” katanya.

Menurut Billy Joe lagi, meskipun tempoh dua tahun pentadbiran Ewon di Penampang mungkin bukan sempurna, namun terdapat beberapa pencapaian yang signifikan, antaranya:

Penyelesaian masalah tanah di Togudon,
pembinaan jambatan di Babagon, pembinaan jalan raya Terian-Buayan serta pembinaan projek Tamu Desa.

Katanya, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) oleh agensi KUSKOP juga aktif membantu golongan usahawan di Penampang.

Menurut Billy Joe, penjelasan beliau ini bukanlah bertujuan untuk menyerang mana-mana pihak, sebaliknya untuk membetulkan fakta yang mungkin disalahertikan oleh rakan-rakan di Warisan.

“ADUN Moyog masih daripada Warisan, dan Warisan juga merupakan sebahagian daripada kerajaan perpaduan. YB Yusoff Apdal, adik kepada Presiden Warisan, juga merupakan Timbalan Menteri di peringkat Persekutuan,” katanya

Sehubungan itu beliau berkata ini bukan masa untuk menuding jari atau berpolitik.

“Sebaliknya, marilah kita bersama-sama menyelesaikan masalah di Penampang dan berusaha memajukan kawasan ini.

“Bila tiba masa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN), barulah kita berpolitik. Buat masa ini, sebarang kekurangan boleh disempurnakan melalui kerjasama. Itu lebih baik untuk semua pihak,” tegasnya.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

PRESS STATEMENT12th July 2025 As the next Sabah state election looms closer, it has become increasingly clear that Gabungan Rakyat...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Load More

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com