• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Dr.Fatimah cipta sejarah, wanita OKU pertama Malaysia sertai misi perubatan haji

July 11, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Dr.Fatimah cipta sejarah, wanita OKU pertama Malaysia sertai misi perubatan haji
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Kuala Lumpur : Seorang pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Fatimah Sabrina Mohammad, menjadi wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) pertama Malaysia yang diberi kepercayaan untuk berkhidmat sebagai petugas perubatan dalam operasi haji di Tanah Suci, Mekah dan Madinah baru-baru ini.

Lebih membanggakan penglibatan beliau secara rasmi bersama rombongan perubatan Tabung Haji (TH) itu bukan sahaja memperlihatkan iltizam negara dalam memperkasa golongan OKU, malah turut memperkenalkan nama Malaysia ke persada antarabangsa melalui sumbangan profesional seorang anak tempatan.

Related articles

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr. Fatimah, yang juga merupakan seorang pegawai perubatan yang bertugas di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan kini menyambung pengajian PhD dalam bidang kesihatan awam di UMS, melaksanakan tugas selama beberapa bulan dalam persekitaran kerja yang mencabar.

Ini termasuklah menyantuni jemaah haji dalam cuaca ekstrem, mengendalikan kes yang memerlukan ketahanan emosi yang tinggi selain membantu jemaah uzur tanpa mengira waktu.

Ketabahan serta komitmen beliau yang tinggi telah mencerminkan nilai-nilai murni penjawat awam di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di peringkat global, dan membuktikan bahawa keupayaan warga OKU bukan hanya setanding, malah mampu menyerlah apabila diberi kepercayaan.

Seorang rakan seperjuangan dari rombongan kebajikan haji yang turut bertugas bersama, menyifatkan beliau sebagai contoh keteguhan jiwa yang jarang ditemui.

“Walaupun berjalan tempang, dia sentiasa hadir awal, tak pernah berkira masa atau tugas. Ramai yang kagum melihat dia tetap berdiri dan memberi komitmen sepenuhnya walaupun dirinya sendiri keletihan. Dia bukan sekadar petugas, dia inspirasi kepada kami semua,” kata rakan sepasukannya.

Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut menzahirkan rasa bangga atas pencapaian Dr. Fatimah yang dianggap sebagai hasil daripada sistem pendidikan inklusif dan sokongan yang berterusan kepada pelajar berkeperluan khas.

“Nama UMS kini dibawa ke pentas dunia bukan hanya melalui akademik, tetapi melalui nilai kemanusiaan dan jasa anak didik kami kepada ummah,” ujar seorang pegawai kanan UMS.

Dr. Fatimah kini menjadi simbol keterangkuman dalam perkhidmatan negara dan bukan sekadar mencipta sejarah sebagai wanita OKU pertama dalam misi perubatan haji, tetapi juga membawa nama Malaysia dikenali melalui semangat dan pengorbanan yang melangkaui batas fizikal.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

Oleh Normimie Diun PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Festival Kepenggunaan 2025 (CONFEST 2025) selama...

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

July 13, 2025

Armizan (left) speaking to the media at the closing of Consumer Festival 2025 at ITCC Penampang on Sunday.-Bernama photo PENAMPANG...

Load More

TERBARU

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025
CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025
PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

Kiulu folk must be courageous in making changes during PRN17—Henry Saimpon

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com