• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Dr Victor berazam untuk perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025
in Berita
Reading Time: 3 mins read
Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh: John T.

TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Dato’ Dr Victor P. Paut komited melaksanakan inisiatif bagi menaiktaraf kemudahan serta meningkatkan prestasi sukan daerah ini ke tahap lebih tinggi.

Related articles

Keningau school pioneers internet safety module for young students

Keningau school pioneers internet safety module for young students

July 14, 2025
SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

July 14, 2025

Beliau berkata, usaha ini bertujuan untuk menyediakan persekitaran sukan yang lebih baik, selamat, dan kondusif untuk semua, terutamanya golongan muda.

“Dengan izin Tuhan, dari semasa ke semasa, kemudahan-kemudahan ini akan kita naik taraf atau bina baru, demi keselesaan dan kemajuan sukan untuk generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala DVPP Siri 2, di kompleks Sukan Tambunan, pada Ahad, 13 Julai 2025. Turut hadir Pengerusi Penganjur, Daniel Dilliam.

Dr Victor berkata, beliau sangat prihatin dengan perkembangan sukan dan bakat-bakat yang ada di Tambunan.

Dengan itu, beliau telah menaja beberapa orang atlit-atlit berbakat dalam beberapa jenis sukan untuk bertanding bagi mewakili Daerah Tambunan.

Dr Victor juga berkata, sebagai anak jati Tambunan, beliau mempunyai satu impian besar untuk melihat Tambunan menjadi daerah pengeluar atelit sukan berbakat, yang mampu bersaing di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Dr Victor mengambil contoh legenda pemain bolasepak kelahiran daerah Tambunan, Paulus Jumit yang suatu ketika dahulu menjadi ikon bola sepak dari daerah ini.

“Saya ingin melihat daerah Tambunan dapat melahirkan lebih ramai pemain bola sepak berbakat seperti Paulus Jumit.,” katanya.

Katanya, impian ini bukan angan-angan. Ia boleh menjadi kenyataan jika kita semua bersatu hati, memberi ruang dan peluang kepada anak muda, menyokong program sukan tempatan, dan terus membina ekosistem pembangunan sukan yang tersusun.

“Saya akan terus membantu memperbaiki fasiliti sukan di daerah ini selagi saya diberi kepercayaan oleh masyarakat.

Ini bukan janji kosong. Sebagai bukti, penambahbaikan padang bola sepak di Kampung Sunsuron dan Kampung Tombotuon adalah antara inisiatif yang telah pun saya laksanakan.

Dan saya tidak akan berhenti di situ. Perlahan tetapi pasti, kita juga akan memberi perhatian kepada sukan-sukan lain seperti futsal, badminton, bola tampar dan sebagainya.

Menyentuh kejohanan itu, Dr Victor berkata, ia bukan hanya sekadar pertandingan, tetapi sebagai platform membina semangat kesukanan, mengukuhkan kerjasama, dan menanamkan nilai-nilai murni seperti disiplin, saling menghormati, dan kerja berpasukan.

“Saya percaya, bola sepak bukan hanya tentang menang dan kalah. Ia juga adalah platform untuk membina jati diri anak muda, mencungkil bakat-bakat baru, dan menjadi jambatan yang menyatukan pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira latar belakang.

Dr Victor berkata, untuk menyuntik semangat dan menghargai usaha para pemain, beliau telah meningkatkan jumlah hadiah berbanding tahun lalu.

Hadiah untuk juara Piala DVPP Siri 2 telah dinaikkan kepada RM15,000 untuk siri kedua berbanding RM3,500 siri pertama. Tempat kedua akan membawa pulang RM5,000 manakala tempat ketiga menerima RM3,000.

Bukan itu sahaja, pelbagai hadiah kejutan turut disediakan seperti sebuah motosikal, dua TV LCD, 50 kampit beras, dan banyak lagi yang semuanya diberikan secara percuma, tanpa bayaran walau satu sen pun.

“Ini adalah tanda sokongan saya kepada semangat peserta dan peminat sukan, dan saya mahu kejohanan ini bukan sekadar pertandingan, tetapi juga satu sambutan komuniti.

“Tidak mustahil, pada tahun hadapan akan ada lagi kejutan-kejutan yang akan menanti peserta dan peminat sukan,” katanya.

Sementara itu, Dr Victor berharap kepada semua pemain yang bertanding di peringkat akhir agar dapat memberikan persembahan yang terbaik. Bertandinglak dengan semangat kesukanan, jujur dan beretika.

“Menang atau kalah adat pertandingan, tetapi nilai peribadi dan maruah diri adalah segalanya,” katanya.

Beliau juga mengajak peminat sukan yang hadir agar dapat
menunjukkan sikap penyokong yang matang, positif, dan menghormati semua pihak.

“Keindahan sukan bukan pada gol semata-mata, tetapi pada semangat dan nilai yang kita bawa bersama,” katanya.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Keningau school pioneers internet safety module for young students

Keningau school pioneers internet safety module for young students

July 14, 2025

Teo interacting with the students at SK Pasir Puteh. KENINGAU (July 14): Deputy Minister of Communications, Teo Nie Ching, today...

SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan Program Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di negeri ini berupaya memastikan...

Human-elephant conflict: Hope on the horizon

Human-elephant conflict: Hope on the horizon

July 14, 2025

In Sabah, humans are often cast as villains in conflicts with Bornean elephants. Yet this perception is far from the...

China content creator champions Sabah’s cultural heritage as economic asset

China content creator champions Sabah’s cultural heritage as economic asset

July 14, 2025

Angelina Zhang KOTA KINABALU (July 14): Sabah boasts a rich and enduring cultural heritage, shaped by the languages, beliefs, craftsmanship,...

Rakyat Sabah Akan Tolak Sebarang Percubaan Bentuk Kerajaan ‘Pintu Belakang’

Kiulu youth recognised for community impact

July 14, 2025

Joniston with the youth during the Santai Pitimungan Belia Kiulu programme. KIULU (July 14): Kiulu youth were recognised for their...

Load More

TERBARU

Keningau school pioneers internet safety module for young students

Keningau school pioneers internet safety module for young students

July 14, 2025
SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

July 14, 2025
Human-elephant conflict: Hope on the horizon

Human-elephant conflict: Hope on the horizon

July 14, 2025
China content creator champions Sabah’s cultural heritage as economic asset

China content creator champions Sabah’s cultural heritage as economic asset

July 14, 2025
Rakyat Sabah Akan Tolak Sebarang Percubaan Bentuk Kerajaan ‘Pintu Belakang’

Kiulu youth recognised for community impact

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keningau school pioneers internet safety module for young students

SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

Human-elephant conflict: Hope on the horizon

China content creator champions Sabah’s cultural heritage as economic asset

Kiulu youth recognised for community impact

Tidak puas hati isu sewa, wanita serang pemilik premis

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com