By Yussof J. Imbang.
SANDAKAN: Pemimpin dan jentera Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) peringkat bahagian tidak wajar membuat kesimpulan sendiri sama ada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bergerak solo atau bergabung dengan parti nasional.
Bagaimanapun, menurut Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah, pertambungan dengan Umno/Barisan Nasional (BN) pasti akan berlaku menjelang Pilihanraya Umum Negeri (PRN-17) ini.
“Sama ada GRS bergabung dengan parti nasional atau bergerak secara solo, biarlah pucuk pimpinan parti yang membuat keputusan,” tegasnya semasa mengadakan lawatan di Pejabat Gagasan Rakyat Sukau, di Bandar maju di sini, semalam.
Masiung yang juga Pengerusi Penyelaras Gagasan Rakyat Zon 10, mengadakan lawatan bersama timbalanya, Wakil Rakyat Karamunting, Datuk George Hiew Vun Zin berhubung persiapan jentera parti itu di kawasan Sukau menjelang PRN-17.
” Walaupun kita bertanding secara ‘underdogs’ di Sukau, namun saya percaya persiapan terperinci jentera Gagasan Rakyat Sukau mampu mencipta keputusan mengajutkan dalam PRN-17.
” Saya berpesan kepada pimpinan Gagasan Rakyat di peringkat bahagian supaya jangan terlalu yakin dengan laporan di atas kertas. Sebaliknya pemimpin kanan wajar turun ke lapangan dan melihat sendiri keadaan yang berlaku, ” tambahnya.
Masiung berkata, sayap utama Pemuda, Wanita dan Beliawanis hendaklah menangkis tomahan dan fitnah yang dicanangkan pembangkang.
Menjelang PRN-17 ini, terdapat banyak pengakuan muncul dari koloni pembangkang dan enggan menerima kelebihan kerjaan GRS yang tidak pernah dilakukan pembangkang semasa menjadi kerajaan musim.lalu.
” Meskipun berulang kali naratif “Kerajaan Gagal” dilaungkan pemimpin pembangkang di Sabah, tetapi rekod rasmi kerajaan GRS telah menceritakan sebaliknya.
” Hasil ekonomi kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor meningkat saban tahun dan sehingga kini mencacah hampir RM10 bilion, ” tegasnya.
Menurut Wakil Rakyat Kuamut itu, lonjakan kutipan hasil ekonomi Sabah yang terbaharu adalah satu sejarah dan tidak pernah dicipta oleh mana-mana kerajaan di Sabah sebelum ini termasuk BN dan Warisan.