• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Guna Guni Untuk Elak Barang Tercicir – Rafida

October 1, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Using Sack As Alternative To Pack Belongings Was To Avoid Losing Items – Rafida
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 1 Okt (Bernama) — Perjalanan hampir tujuh jam dari Sandakan ke Kota Kinabalu membuatkan Rafida Zaiddin, 19, pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) memutuskan untuk menggunakan guni sebagai alternatif bagi mengelakkan barangannya tercicir, tanpa menyangka tindakan itu tular di media sosial baru-baru ini.

Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan itu berkata barang yang dibawa agak banyak yang menyukarkan pergerakan menyebabkan bapanya mengambil guni di dapur lalu memasukkan separuh barangan tersebut ke dalamnya.

Related articles

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025
Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025

Rafida berkata syarat kemasukan yang mengehadkan hanya dua beg sahaja boleh dibawa sewaktu mendaftar kolej kediaman turut menjadi sebab mengapa dia menggunakan guni untuk membawa baldi, bantal dan selimut.

“Saya terkejut apabila mendapat tahu cerita saya menggunakan guni bagi membawa barang tular di media sosial, petugas UMS kemudian ada bertemu saya untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara itu.

“Mulanya saya ingin membawa enam beg tetapi hanya dua saja yang dibenarkan jadi saya mengambil inisiatif memasukkan separuh barang saya ke dalam guni itu bagi menjimatkan ruang,” katanya di sini hari ini.

Rafida yang merupakan antara 4,450 pelajar baharu UMS pada sesi ini ditemui pemberita pada Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Pelajar Baru sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2024/2025 Kali ke-30 di Dewan Canselor, UMS yang disempurnakan Datuk Seri Hajiji Noor hari ini.

Anak bongsu daripada dua beradik itu tidak menyangka gambar guni yang diambil oleh senior bagi mengurus kemasukan kolej kediaman akan menjadi tular.

Bagaimanapun, dia tetap terharu dan bersyukur dengan keprihatinan yang diberikan serta ingin menjadikan perkara ini sebagai motivasi dalam meneruskan pengajian bagi membantu kedua orang tuanya yang bekerja sebagai peniaga buah dan suri rumah di Kampung Sim-Sim, Sandakan.

Pelajar cemerlang dengan memperoleh 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bekas penuntut Kolej Matrikulasi Labuan itu juga bersyukur dapat menyambung pelajaran dalam bidang perakaunan yang diminatinya.

“Saya bercita-cita menjadi akauntan dan berharap dapat membalas balik jasa kedua ibu bapa yang banyak berkorban menghantar saya belajar hingga ke peringkat ini,” katanya.

Susulan video yang tular itu, Rafida mengakui telah menerima  panggilan video daripada Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek baru-baru ini selain turut diberikan duit belanja RM3,000 dan menerima panggilan daripada pihak lain mengenai proses biasiswa Kerajaan Sabah yang akan dipercepatkan dalam masa terdekat.

Share this news!
Tags: Fadhlina SidekguniKementerian Pengajian TinggiKota Kinabalu Universiti Malaysia Sabah
Share6Tweet4

Related Posts

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025

Oleh: John T. TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Dato’ Dr Victor P. Paut komited melaksanakan...

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan pelan intervensi jangka pendek kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS)...

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025

Pattani,Thailand : Perlawanan persahabatan bertemu Buriram United FC semalam disifatkan sebagai medan pembelajaran penting buat Sabah FC yang baru memulakan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

TENOM: Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Kemabong Gundohing Voo Ngok Sang berkata beliau bersedia untuk bertanding dalam pilihan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

TENOM: The Kemabong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Voo Ngok Sang stated that he is prepared to run in...

Load More

TERBARU

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025
Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025
Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com