• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Hab Perdagangan Pelabuhan Teluk Sapangar Beri Impak Pada Sabah

November 21, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Hab Perdagangan Pelabuhan Teluk Sapangar Beri Impak Pada Sabah
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) — Aspirasi Kerajaan Sabah yang mahu menonjolkan Pelabuhan Teluk Sapangar sebagai hab perdagangan di rantau ini dijangka memberikan impak positif yang signifikan terhadap ekonomi negeri dalam jangka masa panjang, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata selepas mengambil alih operasi pelabuhan daripada Sabah Ports Sdn Bhd (SPSB), syarikat DP World, pengendali terminal pelabuhan global, telah merangka pelbagai strategi dan halatuju untuk mencapai matlamat ini. 

Related articles

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

“Langkah utama yang dirancang termasuk membesarkan Kapasiti Pelabuhan Kontena, yang mana DP World merancang memperluas kapasiti Pelabuhan Teluk Sapangar agar mampu menampung lebih banyak kargo dan meningkatkan kecekapan logistik.

“Ini akan memperkukuh kedudukan Sabah sebagai pusat perkapalan yang berdaya saing di rantau ini. Kolaborasi dengan operator antarabangsa akan dilaksanakan iaitu meningkatkan kecekapan melalui penggunaan amalan terbaik.

“DP World akan memperkenalkan amalan terbaik dan teknologi terkini yang akan mempercepatkan proses pemindahan kargo dan meminimumkan masa operasi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Datuk Jaffari Waliam (ADUN Dilantik) yang bertanya apakah hala tuju DP World selepas mengambil alih operasi pelabuhan daripada SPSB.

Pada 9 Sept lepas, SPSB secara rasmi telah menyerahkan pengurusan dan operasi Sapangar Bay Container Port (SBCP) kepada DP World, peneraju global dalam logistik rantaian bekalan pintar.

Mengulas lanjut, Robert berkata DP World juga akan memperkukuhkan laluan perdagangan strategik melalui kerjasama ke arah memperluaskan rangkaian laluan maritim yang utama.

Ia sekali gus dijangka dapat mengurangkan kos logistik dan maritim untuk para pengguna, sekaligus menjadikan Sabah lebih kompetitif sebagai destinasi perdagangan dan pelaburan.

Pembangunan zon bebas di pelabuhan akan membuka peluang besar untuk menarik lebih banyak pelaburan asing, menggalakkan pertumbuhan aktiviti hiliran selain meningkatkan pengeluaran kargo.

“Peningkatan dalam aktiviti ekonomi ini akan menyumbang kepada hasil negeri melalui cukai korporat, yang akan dikutip oleh kerajaan Sabah,” katanya.

Share this news!
Tags: DP WorldPelabuhan SapangarRobert Tawik
Share6Tweet4

Related Posts

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Load More

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com