Kuala Lumpur: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri Mesyuarat Majlis Raja- Raja ke-269 di Istana Negara, di sini pada Rabu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja, hari ini.

Pada Isnin, Hajiji telah menghadiri mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke- 146 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Perdana Putra di Putrajaya.