• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Hampir RM200 Juta Untuk Pembangunan Infrastruktur, Baik Pulih Di Sabah – Nga

July 11, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Hampir RM200 Juta Untuk Pembangunan Infrastruktur, Baik Pulih Di Sabah – Nga
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

INANAM, 11 Julai (Bernama) — Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan keseluruhan sebanyak RM195.35 juta untuk pelaksanaan 48 projek pembangunan infrastruktur serta kerja baik pulih di seluruh Sabah melalui Program Pembangunan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Rolling Plan 5 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kesemua projek yang telah diluluskan itu akan dilaksanakan dalam tahun ini melalui kawal selia oleh 11 agensi di bawah KPKT.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Beliau berkata antara projek dilaksanakan ialah RM60.39 juta untuk projek pembangunan melibatkan kerja pembinaan dan naik taraf termasuk pembinaan tapak letak kereta di Foh Sang (Kota Kinabalu), pembinaan dewan serbaguna di Ranau, pembinaan tapak tamu dan naik taraf pasar awam di Putatan serta lain-lain kerja baik pulih cerun.

“Sebanyak RM39.78 juta telah diperuntukkan di Bawah Bahagian Perancangan Perumahan KPKT untuk pembangunan 10 Program Residensi Rakyat dan Program Perumahan Rakyat antaranya di Kiansom, Pitas, Lahad Datu, Kota Belud, Beaufort, Kibabaig, Sandakan, Lahad Datu, Kuala Penyu dan Tuaran.

“Peruntukan RM24.48 juta pula bagi pembangunan Rumah Mesra Rakyat di bawah seliaan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyerahkan kunci Program Residensi Rakyat (PRR) Putera Kiansom Inanam di sini hari ini.

Nga berkata selain itu, RM13.74 juta diperuntukkan di bawah Jabatan Landskap Negara (JLN) untuk tujuan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf dan pembangunan taman-taman awam di seluruh Sabah, pembangunan Taman Botani Kota Kinabalu serta pelaksanaan Kajian Pelan Induk Majlis Daerah Keningau.

“Sejumlah RM7.77 juta juga telah diperuntukkan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah bagi pembinaan dan naik taraf balai-balai di seluruh Sabah, antaranya di Putatan, Lahad Datu, Beaufort, Merotai, Kota Belud dan Semporna,” katanya.

Mengulas mengenai PRR Putera Kiansom Inanam, beliau berkata di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI, KPKT akhirnya berjaya merealisasikan projek berkenaan setelah hampir 22 tahun dimulakan.

“Pada 5 Mei 2025, PRR ini telah mendapat Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (OC) bagi empat blok, iaitu Blok A, B, C dan D. Projek Taman PRR Putera Kiansom telah dimulakan sejak 2003 lagi di bawah Rolling Plan 3, RMK8.

“Namun, projek ini tidak dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan akibat masalah kontraktor yang tidak kompeten. Banyak cabaran dan halangan yang telah dihadapi dalam tempoh lebih 22 tahun pelaksanaan projek ini,” katanya.

Beliau berkata walaupun penyerahan hari ini hanya melibatkan empat blok, beliau yakin baki enam blok akan siap menjelang hujung Ogos ini dan bakal dihuni sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Taman PRR Putera Kiansom merupakan rumah pangsa lima tingkat di atas tanah berkeluasan enam hektar, dengan 1,000 unit kediaman berkeluasan 750 kaki persegi yang membabitkan kos pembangunan sebanyak RM152.9 juta.

Share this news!
Tags: KPKTNga Kor MingperuntukanPRRSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadikan ‘Accreditation of Prior Experiential Learning Qualification’ (APEL. Q) sebagai alternatif bagi...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: Jika laungan para penyokong PBS dan Star ‘GRS solo’ (bertanding solo) semasa konvensyen bersama parti itu pada Sabtu...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: If the chants of PBS and Star supporters proclaiming ‘GRS solo’ (competing alone) during their joint convention on...

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025

Oleh: Dr. Jikat Binol Darimbang KOTA KINABALU: oilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan sekadar sebuah proses demokrasi yang berlaku setiap...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025
Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Keningau hoskan Karnival Dusunik Sabah pertama Ogos ini – Lawrence

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com