• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Hampir RM40 Juta Diperuntuk Bagi Projek Di Sabah – Ahmad Maslan

October 7, 2024
in Berita
Reading Time: 1 min read
Almost RM40 Mln Allocated For Sabah Infrastructure – Ahmad Maslan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 7 Okt (Bernama) — Kerajaan memperuntukkan hampir RM40 juta bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur awam di Sabah termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A dan Fasa 1B.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kira-kira RM13 juta daripada jumlah itu merupakan projek infrastruktur di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) melibatkan 488 projek manakala LPB Fasa 1A dan Fasa 1B pula bernilai RM26.6 juta.

Related articles

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Beliau berkata 488 projek KKR itu termasuk 47 projek pembinaan jalan raya, jambatan dan bangunan dengan peruntukan RM5.78 juta, 200 projek infrastruktur desa dan wilayah (RM5.04 juta), 200 projek sekolah daif (RM1.71 juta) dan 41 projek klinik serta hospital berjumlah RM430,000.

“Projek ini dikendalikan KKR dan Kementerian Kewangan serta Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah untuk manfaat negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat JKR Sabah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berharap kelewatan pembinaan Fasa 1A LPB tidak akan berulang dalam Fasa 1B dengan berpandukan kepada objektif 5K iaitu kesejahteraan rakyat, kepantasan tindakan, kos yang munasabah, kualiti yang terjamin dan kebitaraan inovasi.

Beliau berkata untuk mencapai 5K itu perlu ada pasukan ‘ABCDE’ iaitu akrab, bijaksana, cekap, dedikasi dan etika yang tinggi kerana kerajaan MADANI amat menitikberatkan soal tatakelola.

Dalam pada itu, Ahmad berkata pengguna jalan raya juga boleh memuat naik aplikasi MYJalan bagi membolehkan mereka membuat aduan kerosakan jalan raya agar tindakan segera dapat diambil.

“Aplikasi ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tahun lepas lagi dan saya harap ia akan dimanfaatkan,” katanya.

 

 

Share this news!
Tags: Ahmad MaslanJKR SabahKementerian Kerja RayaPan BorneoprojekSabah
Share6Tweet4

Related Posts

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Load More

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com