• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat akar umbi, bukan semata-mata untuk menguatkan struktur parti, tetapi bagi memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Related articles

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Menurut Ketua Gagasan Rakyat Bahagian Silam, Datuk Mizma Appehdullah, jentera parti harus lebih daripada sekadar penyampai dasar dan agenda politik, sebaliknya berperanan aktif dalam mendekati masyarakat, memahami masalah mereka dan menyampaikan suara rakyat kepada pucuk pimpinan.

“Jentera akar umbi ini adalah nadi perjuangan parti. Mereka bukan hanya menggerakkan parti dari bawah, tetapi menjadi jambatan penting antara rakyat dan pemimpin. Apa yang penting ialah kebajikan rakyat tidak dipinggirkan dalam apa jua gerak kerja politik,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama ahli-ahli cawangan baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di Kampung Teluk Soaian, di sini hari ini.

Mizma yang juga Ketua Wanita GRS Zon 6B berkata, pendekatan turun padang dan penglibatan aktif dalam program komuniti adalah strategi terbaik untuk memupuk kepercayaan rakyat terhadap perjuangan parti.

“Saya sentiasa memastikan jentera kami berada di tengah masyarakat, menyelami kehidupan mereka. Kehadiran mereka bukan sekadar simbolik, tetapi bukti komitmen parti dalam menjaga kebajikan rakyat,” ujarnya.

Beliau turut menggesa setiap ahli untuk memberikan komitmen padu dalam melaksanakan tanggungjawab sosial dan politik, kerana menurutnya, kekuatan parti terletak kepada keutuhan jentera akar umbi yang bekerja ikhlas demi rakyat.

Dalam majlis sama, Mizma mengalu-alukan kemasukan ahli-ahli baharu ke dalam cawangan GRS di kawasan Silam yang disifatkannya sebagai petanda keyakinan rakyat terhadap pendekatan inklusif dan prihatin yang dibawa oleh parti.

“Kehadiran ahli baharu menunjukkan bahawa pendekatan kita diterima. Rakyat mahu pemimpin yang mendengar dan bertindak, bukan hanya berjanji,” katanya.

Majlis yang berlangsung meriah itu turut menjadi platform bagi jentera parti berinteraksi secara langsung dengan masyarakat, sekali gus memperkukuh jaringan akar umbi yang menjadi tulang belakang perjuangan parti di Sabah.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

Oleh Normimie Diun PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Festival Kepenggunaan 2025 (CONFEST 2025) selama...

Load More

TERBARU

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com