Kota Kinabalu: Kanak-kanak mesti mengetahui hak mereka berkaitan keselamatan, kesihatan, kesejahteraan fizikal dan mental, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin.
Beliau berkata kanak-kanak mesti memahami bahawa mereka juga boleh membuat laporan jika merasa berada dalam bahaya atau menghadapi sebarang bentuk penderaan.