• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Karnival STEM platform pupuk minat dan inovasi murid dalam bidang kritikal

July 16, 2025
in Berita
Reading Time: 3 mins read
Karnival STEM platform pupuk minat dan inovasi murid dalam bidang kritikal
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Kota Kinabalu : Penganjuran Karnival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) menjadi platform terbaik bagi mencungkil bakat selain mengasah potensi dan memupuk minat murid dalam bidang-bidang kritikal.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, karnival itu bukan sahaja menonjolkan keupayaan akademik murid, bahkan turut memupuk nilai-nilai kerjasama, disiplin, dan daya tahan.

Related articles

Jual terung mengandungi sisa racun perosak, pembekal sayuran didenda RM 1000

Ahli ‘Geng Upik’ dipenjara lima tahun, dua lagi sambung bicara

July 16, 2025
Maijol Mahap kekal terajui SBA

Maijol Mahap kekal terajui SBA

July 16, 2025

“Saya amat teruja melihat pelbagai projek inovatif dan ciptaan pelajar yang dipamerkan sepanjang karnival ini. Ia menunjukkan bahawa murid-murid kita mempunyai keupayaan luar biasa yang perlu terus diasah dan dibimbing.

“Inisiatif sebegini perlulah diteruskan dan diperkasakan, bukan sahaja di peringkat negeri, malah hingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival STEM Generasi Madani peringkat negeri Sabah di sini pada Rabu.

Katanya, perkembangan dunia kini amat pesat dan menuntut penguasaan kemahiran yang tinggi dalam bidang STEM.

“Kita tidak lagi boleh bergantung kepada ilmu asas semata-mata, tetapi perlu melahirkan generasi yang mampu menyelesaikan masalah secara saintifik, berfikir secara kritis dan kreatif, serta menguasai teknologi sebagai alat pemacu kemajuan.

“Jabatan Pendidikan Negeri Sabah juga sentiasa menyokong usaha untuk memperluas akses kepada pendidikan berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa serta masa hadapan.

“Kami percaya bahawa pendidikan STEM adalah antara kunci utama dalam memperkukuh pembangunan modal insan dan melonjakkan kemajuan negeri,” katanya.

Justeru beliau menyeru agar semua pihak, sama ada pihak sekolah, agensi kerajaan, swasta mahupun komuniti untuk terus berganding bahu bagi menjayakan aspirasi ini. – SABAH MEDIA

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Jual terung mengandungi sisa racun perosak, pembekal sayuran didenda RM 1000

Ahli ‘Geng Upik’ dipenjara lima tahun, dua lagi sambung bicara

July 16, 2025

Oleh J. Evachel John KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang baru-baru ini disabitkan kesalahan mengedar dadah telah dijatuhi hukuman penjara lima...

Maijol Mahap kekal terajui SBA

Maijol Mahap kekal terajui SBA

July 16, 2025

Kota Kinabalu: Datuk Maijol Mahap kekal sebagai Presiden Persatuan Badminton Sabah (SBA) bagi penggal 2025 hingga 2029 selepas meraih kepercayaan majoriti...

PGA Briged Sabah rampas produk sejuk beku lebih RM35 juta, 29 individu ditahan

PGA Briged Sabah rampas produk sejuk beku lebih RM35 juta, 29 individu ditahan

July 16, 2025

Oleh Normimie Diun KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Sabah berjaya merampas pelbagai produk sejuk beku bernilai lebih RM35...

Hajiji iringi Tun Musa hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja

Hajiji iringi Tun Musa hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja

July 16, 2025

Read Time:22 Second Kuala Lumpur: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman menghadiri...

POIC Sabah reaffirms long-term development goals amid election season misinformation

POIC Sabah reaffirms long-term development goals amid election season misinformation

July 16, 2025

Gan KOTA KIKNABALU (July 16): The Sabah public is advised to be wary of half-truths and outward lies in social...

Load More

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Ahli ‘Geng Upik’ dipenjara lima tahun, dua lagi sambung bicara

Maijol Mahap kekal terajui SBA

PGA Briged Sabah rampas produk sejuk beku lebih RM35 juta, 29 individu ditahan

Hajiji iringi Tun Musa hadir Mesyuarat Majlis Raja-Raja

POIC Sabah reaffirms long-term development goals amid election season misinformation

Sabahan OKU doctor inspires nation through her service during Hajj

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com