LAHAD DATU: Ahli keluarga Ketua Jabatan Unit Patologi Kimia di Hospital Lahad Datu, Dr Tay Tien Yaa, mahukan jawapan atas kejadian bunuh diri doktor itu pada 29 Ogos.
Mereka mahukan Kementerian Kesihatan menjalankan siasatan menyeluruh, khususnya terhadap peranan seorang pegawai kanan yang mungkin menyebabkan Dr Tay mengambil nyawanya sendiri.
“Ini agar kakak saya dapat bersemadi dengan tenang,” kata Tay Yong Shen ketika dihubungi pada Ahad.