• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Local

Kemungkinan BN, Warisan kerjasama Hadapi PRN Tinggi – Penganalisis

November 18, 2024
in Local
Reading Time: 2 mins read
Kemungkinan BN, Warisan kerjasama Hadapi PRN Tinggi – Penganalisis
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU: Kemungkinan BN menjalin kerjasama dengan Parti Warisan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang tinggi dengan mengambil kira situasi politik semasa.

Penganalisis politik, Dr Hussain Yusri Zawawi berkata, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini juga menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan parti-parti politik tempatan.

Related articles

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Tiga premis musnah dalam kebakaran

Bekas Ketua Menteri Sabah Tak Tolak Kemungkinan Tanding Semula Pada PRN17

July 6, 2025

“Kemungkinan kerjasama antara BN dan Warisan tidak boleh ditolak memandangkan keadaan politik Sabah yang unik, di mana gabungan strategik sering menjadi penentu kepada kejayaan dalam pilihan raya.

“Sejarah menunjukkan bahawa politik Sabah jarang tertumpu kepada satu parti dominan sebaliknya ia banyak dipengaruhi oleh gabungan antara pelbagai parti untuk meraih sokongan majoriti rakyat.

“Bagi BN, pilihan untuk bekerjasama dengan Warisan boleh menjadi strategi pragmatik sekiranya kedua-dua pihak mempunyai matlamat bersama untuk kestabilan politik dan pembangunan Sabah,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pengerusi BN, Datuk Seri Bung Moktar Radin menerusi program Interviu berkata, bertanding solo adalah pilihan terakhir parti berkenaan di Sabah atau dalam erti kata lain kemungkinan besar akan bersama parti lain bagi mengharungi PRN.

Susulan itu, sesetengah pihak melihat bahawa di atas kertas kemungkinan BN akan bersama Warisan.

Bagaimanapun, Hussain Yusri berkata, kejayaan kerjasama antara parti yang pernah membentuk kerajaan sebelum ini bergantung pada keupayaan kedua-dua parti untuk mencari titik persamaan dan mengatasi perbezaan prinsip masing-masing.

Ujarnya, meskipun parti yang dipimpin Mohd Shafie dilihat kehilangan momentum berbanding kemuncaknya beberapa tahun lalu, namun ia masih mempunyai pengaruh besar di kawasan tertentu di Sabah.

Sementara itu, Felo Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia, Mujibu Abd Muis pula berpandangan, ada kecenderungan Warisan bergerak solo dalam PRN berkenaan.

Ujarnya, jangkaan itu melihat kepada potensi parti tersebut untuk menang, meskipun kemungkinan mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan dilihat sukar.

“Dari satu sisi kita kena faham pertandingan dalam PRN kali ini adalah untuk miliki kerusi sebanyak mungkin bagi mana-mana parti yang akan bertanding.

“Maka, dalam pertimbangan ini barangkali lebih sesuai bagi Warisan untuk bertanding solo kerana keputusan meletakkan calon dan pembahagian kerusi lebih mudah diputuskan berbanding bekerjasama dengan parti lain,” katanya. – SINAR

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

PRESS STATEMENT12th July 2025 As the next Sabah state election looms closer, it has become increasingly clear that Gabungan Rakyat...

Tiga premis musnah dalam kebakaran

Bekas Ketua Menteri Sabah Tak Tolak Kemungkinan Tanding Semula Pada PRN17

July 6, 2025

SANDAKAN: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee tidak menolak kemungkinan untuk kembali bertanding pada Pilihan Raya Negeri...

PRN17 Sabah Peluang Terbaik Gagasan Rakyat Kukuhkan Kedudukan

PRN17 Sabah Peluang Terbaik Gagasan Rakyat Kukuhkan Kedudukan

November 10, 2024

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) adalah peluang baik untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) untuk memperkukuhkan kedudukan...

UMNO Pertimbang Tanding Semua Kerusi DUN Parlimen Kalabakan

UMNO Pertimbang Tanding Semua Kerusi DUN Parlimen Kalabakan

November 3, 2024

TAWAU: UMNO Sabah akan pertimbangkan untuk meletakkan calon di semua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kalabakan pada...

PRN Sabah: BN Sedia Gerak Solo – Bung Moktar

November 3, 2024

KUNAK : Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang,...

Load More

TERBARU

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025
Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025
Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com