• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025
in Berita
Reading Time: 3 mins read
Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan pelan intervensi jangka pendek kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai usaha untuk mengurangkan gangguan bekalan air.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelan itu adalah susulan perbincangan antara pihak pengurusan UMS, utiliti serta agensi berkaitan berikutan timbul isu berbangkit.

Related articles

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

July 14, 2025
GRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

July 14, 2025

Katanya, pelaksanaan intervensi itu dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih 3,000 pelajar, terutamanya di Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej Kediaman Tun Fuad yang sering terjejas akibat gangguan bekalan air. 

“Seperti mana kita sedia maklum, UMS mempunyai isu bekalan air khususnya di asrama pelajar dimana air tidak sampai pada tangki yang disediakan.

“Banyak isu berbangkit dengan perkara tersebut yang mana kita berbincang tadi dengan pihak utiliti air dan UMS,  dimana dari input itulah maka kita bersetuju untuk membantu dan menyokong untuk mengurangkan masalah bekalan air khususnya di asrama pelajar.

“Diperingkat kita peruntukan sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk kita melaksanakan beberapa program dan projek supaya bekalan air khususnya tangki itu dapat sampai terutamanya pada waktu yang kritikal dan waktu puncak iaitu pagi tiga jam dan sebelah petang tiga jam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan sesi penyerahan tujuh projek sektor tenaga pada kunjungan PETRA Skuad Sabah 2025 ke Pencawang Masuk Utama (PMU) 132/33kV Kota Kinabalu (KKBU) yang merupakan salah satu projek penting di bawah Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik  Sabah (PPKBES) di sini pada Isnin.

Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan ke UMS bagi meninjau tapak cadangan Sistem Penggagihan Air Bawah Tanah UMS serta mendengar taklimat intervensi daripada Pengarah Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan UMS, Ir. Ts. Mohd Ari Nazrul Abd Rahman, dan taklimat projek jangka pendek oleh Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Tuan Chee Chun Chieh.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berharap apabila siapnya pelan intervensi itu akan dapat mengurangkan masalah ketiadaan air khususnya di asrama pelajar.

Tindakan intervensi yang akan dilaksanakan adalah membina saluran agihan khusus bagi menyambungkan sumber air bawah tanah yang telah dibangunkan oleh UMS.

Selain itu menambah tangki air bawah tanah dengan kapasiti pertambahan sebanyak 0.13 juta liter sebagai usaha menambah bekalan air dan pemasangan kawalan injap automatik sebagai langkah menstabilkan aras air dalam tangki servis UMS. 

Seterusnya, bagi memastikan tekanan air mencukupi ke kawasan kediaman pelajar, Jabatan Air Negeri Sabah akan menyediakan pam penggalak dari tangki servis ke Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej Kediaman Tun Fuad dengan menggunakan saluran by-pass sedia ada yang telah dibina oleh UMS.

Kerja-kerja intervensi ini dijangka mengambil masa satu bulan dan boleh menyumbang kepada penambahbaikan operasi sistem bekalan air di UMS.  – SABAH MEDIA / FOTO PETRA

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

July 14, 2025

Fadillah during his visit to the PMU 132/33kV Kota Kinabalu. KOTA KINABALU (July 14): More than 60,434 users in Sabah...

GRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

July 14, 2025

Jeffrey (seated, second row, right) attending the special screening of the scam awareness film Oppa. KOTA KINABALU (July 14): Sabah...

Fadillah Calon Tunggal TPM Dari Sarawak

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

July 14, 2025

Fadillah briefed on the water supply problem at UMS today. – Bernama photo KOTA KINABALU (July 14): The Federal Government,...

Decision on Sabah’s 40 pct revenue claim expected by September – Fadillah

Decision on Sabah’s 40 pct revenue claim expected by September – Fadillah

July 14, 2025

Fadillah with Jeffrey and Ewon after the MA63 meeting at Menara Kinabalu today. – Bernama photo KOTA KINABALU (July 14):...

Keningau school pioneers internet safety module for young students

Keningau school pioneers internet safety module for young students

July 14, 2025

Teo interacting with the students at SK Pasir Puteh. KENINGAU (July 14): Deputy Minister of Communications, Teo Nie Ching, today...

Load More

TERBARU

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

July 14, 2025
GRS will rule Sabah till next state election – Jeffrey

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

July 14, 2025
Fadillah Calon Tunggal TPM Dari Sarawak

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

July 14, 2025
Decision on Sabah’s 40 pct revenue claim expected by September – Fadillah

Decision on Sabah’s 40 pct revenue claim expected by September – Fadillah

July 14, 2025
Keningau school pioneers internet safety module for young students

Keningau school pioneers internet safety module for young students

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Seven projects to boost power supply in Sabah, Labuan

Jeffrey: Sabah should emulate Sarawak in increasing seats

RM1 million intervention to reduce water supply disruptions at UMS

Decision on Sabah’s 40 pct revenue claim expected by September – Fadillah

Keningau school pioneers internet safety module for young students

SBJK Sabah sasar kanak-kanak tercicir, fokus pendidikan asas 3M

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com