• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Kestabilan Sosiopolitik Sabah Bolehkan Agihan Ekonomi Saksama – Tun Juhar

October 5, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Socio-Political Stability In Sabah Allows Fair Economic Distribution – Tun Juhar
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 5 Okt (Bernama) — Keadaan sosiopolitik Sabah yang stabil akan membolehkan pengagihan ekonomi, pendapatan dan kekayaan negeri dilakukan secara adil dan saksama kepada semua rakyat, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau berkata sumber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat sehingga dapat mengurangkan ketidakseimbangan antara golongan dan kaum.

Related articles

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025
PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

“… ini bagi mencapai kesejahteraan sosial dan ekonomi lebih seimbang sebagai kunci untuk memastikan pertumbuhan inklusif demi memperbaiki taraf hidup rakyat,” katanya berucap pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah membabitkan 47 penerima di Istana Seri Kinabalu di sini hari ini.

Beliau yakin rakyat tidak akan dibiarkan ketinggalan daripada menikmati segala harapan dan aspirasi kerajaan Sabah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor serta seluruh anggota Kabinetnya.

Juhar berkata kesungguhan dan komitmen tinggi dalam membawa pembangunan serta kemajuan Sabah dapat dilihat menerusi pelbagai inisiatif terutama penyediaan kemudahan asas kepada rakyat sejajar dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda pembangunan negeri.

“Sesungguhnya, usaha yang konsisten dan terkoordinasi kerana hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan akan memastikan kejayaan dalam mencapai matlamat pembangunan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya.

Beliau juga mahu semua pihak termasuk sektor swasta, masyarakat dan badan bukan kerajaan di Sabah bekerjasama bagi mencapai pembangunan mampan.

Juhar juga mahu rakyat Sabah terus memelihara sekali gus mempertahankan kedaulatan negara dan pada masa sama, mengingatkan masyarakat supaya jangan sesekali berkompromi dalam hal yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Beliau turut menggesa seluruh lapisan masyarakat agar sentiasa berwaspada dan bersikap proaktif dalam menyampaikan maklumat kepada pihak berkuasa berkaitan kegiatan meragukan, di samping menjadi “mata dan telinga” kerajaan bagi menangani jenayah termasuk jenayah siber dan penipuan.

Sementara itu, Juhar berkata setiap warganegara wajib memikul tanggungjawab memastikan perpaduan terus kukuh dan menjadi benteng bagi mempertahan kemerdekaan seterusnya memacu kegemilangan demi melonjakkan Sabah dan Malaysia ke paras berpendapatan tinggi.

“Harus diingat bahawa kesepaduan antara kaum dapat merintis jalan ke arah kejayaan yang lebih besar bagi negeri tercinta ini.

“Sebarang tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan api perkauman, kebencian dan permusuhan hendaklah dihentikan. Kesepaduan antara kaum hendaklah dikekalkan sampai bila-bila,” katanya.

 

 

Share this news!
Tags: ekonomiSabahsaksamasosiopolitikTun Juhar Mahiruddin
Share6Tweet4

Related Posts

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort, Mohd Shahril Osin menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri...

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

July 14, 2025

KOTA KINABALU : Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan menerima kunjung hormat Pusat Biodiversiti Sabah, Kartina...

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT : Dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bahawa GRS berada dalam tekanan politik untuk...

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

PRESS STATEMENT12th July 2025 As the next Sabah state election looms closer, it has become increasingly clear that Gabungan Rakyat...

Load More

TERBARU

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025
PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

July 14, 2025
GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Nizam terima kunjungan Pusat Biodiversiti Sabah

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas – Shahril

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Gara-gara enggan sambung sewa, wanita serang pemilik kedai

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com