• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Kim Swee Tidak Sambung Kontrak Bersama Sabah FC

November 21, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
PIALA AFC: SABAH TIDAK AMBIL MUDAH CABARAN MACARTHUR
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 21 Nov (Bernama) — Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee memilih untuk tidak lagi bersama pasukan itu, apabila kontraknya berakhir bulan ini.

Kim Swee dalam kenyataan hari ini memaklumkan aksi pertama pusingan 16 saingan Piala Malaysia menentang PT Athtelic FC pada 23 Nov, merupakan perlawanan terakhir beliau selaku pengendali Sang Badak.

Related articles

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

July 13, 2025
Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

July 13, 2025

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) Datuk Shahelmey Yahya dan pengurusan tertinggi Sabah FC, atas kepercayaan serta sokongan penuh kepada beliau sepanjang menerajui pasukan.

“Tempoh 36 bulan bersama Sabah FC bukanlah satu jangka masa yang singkat dan perjalanan ini amat luar biasa. Saya sangat bersyukur diberi peluang untuk memimpin kelab bola sepak yang hebat ini.

“Kepada pemain, saya amat berbangga dengan segala usaha dan pencapaian kita sebagai satu pasukan. Komitmen dan profesionalisme anda sama ada di dalam mahupun di luar padang, sesuatu yang luar biasa. Bekerja bersama anda satu penghormatan besar bagi saya,” katanya.

Pada 5 Nov, SAFA dan Sabah FC dilaporkan menawarkan Kim Swee kontrak lanjutan hingga penghujung musim 2024/2025 iaitu pada April tahun depan, berikutan prestasi memberangsangkan bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

Sementara itu Kim Swee turut merakamkan penghargaan atas usaha tanpa henti dan komitmen pegawai sokongan Sabah FC, yang memainkan peranan di belakang tabir dengan kepakaran dan semangat mereka menjadi tunjang kepada segala pencapaian Sang Badak selama ini.

“Akhir sekali, kepada penyokong, saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang mendalam. Anda adalah nadi kelab ini, sama ada di stadium atau menyokong dari jauh, sokongan anda sentiasa memberi makna besar kepada saya dan pasukan. Ini akan sentiasa saya kenang.

“Walaupun saya tidak lagi memimpin Sabah FC, saya tetap akan menjadi penyokong setia. Saya berharap dapat melihat kelab ini terus maju dan berjaya di masa hadapan,” katanya.

Share this news!
Tags: bola sepakkontrakOng Kim SweeSabahterima kasih
Share6Tweet4

Related Posts

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

July 13, 2025

Oleh Wan Azrain Adnan Data itu emas. Begitulah tingginya nilai data, lebih-lebih lagi di era sains dan teknologi hari ini....

Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

July 13, 2025

Oleh Normimie Diun KOTA KINABALU: Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali menyifatkan kenyataan Tan Sri...

Pelaburan Ekonomi Digital Melonjak, Namun Mengapa Sabah Dilihat Terpinggir

Pelaburan Ekonomi Digital Melonjak, Namun Mengapa Sabah Dilihat Terpinggir

July 13, 2025

Oleh Wan Azrain Adnan KUALA LUMPUR: Usaha kerajaan memperkukuh ekonomi digital terus mencatat kejayaan memberangsangkan apabila pelaburan dalam sektor itu...

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak wanita Sabah meletakkan sasaran untuk kembali menjadi juara Liga Wanita Nasional (LWN) pada musim...

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang dalam institusi pengajian tinggi, Universiti Malaysia...

Load More

TERBARU

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

July 13, 2025
Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

July 13, 2025
Pelaburan Ekonomi Digital Melonjak, Namun Mengapa Sabah Dilihat Terpinggir

Pelaburan Ekonomi Digital Melonjak, Namun Mengapa Sabah Dilihat Terpinggir

July 13, 2025
Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025
UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Apabila Data Gagal Membaca Realiti

Tekad teruskan perjuangan parti lokal – Armizan

Pelaburan Ekonomi Digital Melonjak, Namun Mengapa Sabah Dilihat Terpinggir

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com