• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

KKDW Jalin Kerjasama 26 Rakan Strategik Bantu Usahawan Desa Adaptasi Perniagaan Digital

October 28, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
KKDW Jalin Kerjasama 26 Rakan Strategik Bantu Usahawan Desa Adaptasi Perniagaan Digital
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

TAWAU, 28 Okt (Bernama) — Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) menjalinkan kerjasama dengan 26 rakan strategik berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan digital bagi membantu usahawan desa mengadaptasi bidang itu melalui Program Pendigitalan Usahawan Desa (PPU).

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKDW Datuk Afandi Nordin berkata kerjasama itu penting bagi membolehkan perniagaan diusahakan usahawan desa selari dengan perniagaan digital semasa, selain memastikan PPU sentiasa relevan.

Related articles

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025
Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025

“Seramai 2,524 usahawan menerima manfaat daripada program yang diadakan pada tahun 2022 dan 2023, manakala pada tahun ini sebanyak enam siri PPU direncanakan oleh pihak kementerian dengan sasaran untuk mendigitalkan seramai 1,200 usahawan desa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian PPU Siri 6 yang dibacakan Setiausaha Bahagian Pembangunan Ekonomi Desa KKDW Sabri Ramly di sini hari ini.

Afandi berkata menerusi PPU, usahawan terlibat diberi pendedahan dalam 12 modul bersama rakan strategik seperti Pendigitalan Kewangan disertai Bank Islam, Bank Simpanan Nasional, Maybank dan Rural Capital Berhad;  eWallet atau Payment Gateway disertai Maybank QRPay, Bayarlah, SakuPay dan Kiplepay.

Manakala E-Dagang dan WhatsApp Business disertai MyMall, Lazada Malaysia, Shopee dan Peasy; Peruncitan Digital disertai Petron Malaysia; Route to Halal disertai Halal Development Corporation (HDC); Tanda Dagangan disertai oleh IPVolusi dan Pemasaran Afiliasi disertai TikTok Malaysia serta Ohsem Ads.

Beliau berkata berdasarkan maklum balas diterima dari para usahawan yang menyertai beberapa Siri PPU sebelum ini berjaya menambah baik operasi perniagaan mereka selain dapat mengembangkan perniagaan dan meningkatkan produktiviti serta kecekapan pengurusan perniagaan.

Perkembangan positif itu dapat direalisasikan melalui pendedahan dan latihan mengenai aplikasi digital perniagaan terkini dan bantuan-bantuan berkaitan pendigitalan perniagaan yang telah diberikan oleh pihak kementerian dan rakan strategik terlibat.

Pada era revolusi digital ini, pendigitalan suatu keperluan memastikan daya saing perniagaan yang perkara itu juga ditekankan dalam Belanjawan 2025 dan kerajaan merangka inisiatif untuk memastikan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) tidak ketinggalan dalam pendigitalan global, tambah beliau.

“Bagi meningkatkan kapasiti perniagaan PMKS dengan beralih ke arah pendigitalan, sebanyak RM50 juta Geran Padanan Digital PMKS dan Geran Digital Penjaja di bawah BSN telah diperuntukkan untuk usahawan tempatan bertujuan mengintegrasikan teknologi digital dalam operasi perniagaan agar kekal berdaya saing dalam pasaran.

“Manakala, di bawah inisiatif Bank Negara Malaysia, dana pinjaman PKS sebanyak RM3.8 bilion turut disediakan bagi menyokong usahawan untuk beralih ke arah digital dan automasi selain terus membantu sektor agromakanan dan amalan lestari,” katanya.

Sementara itu, usahawan memproses makanan Yenni Andi Tahir berkata banyak ilmu perniagaan digital diperoleh selepas menyertai PPU, terutama melibatkan penggunaan rangkaian digital yang disediakan rakan strategik dalam Desamall.

“Saya menyertai program ini untuk mengetahui lebih lanjut program digital kerana kemahiran saya mengenai digital ini kurang, saya mahu tahu cara macam mana mengembangkan perniagaan saya dalam digital, selepas ini saya boleh aplikasikan.

“Perniagaan saya memproses keropok termasuk biskut di Karamunting, Sandakan. Ketika ini jualan produk saya hanya di Sandakan dan Ranau, sasaran kami juga untuk ke Lahad Datu dan saya mahu memperluaskan kawasan jualan produk sebab itu saya menyertai program disediakan KKDW,” katanya.

Beliau mahu menggunakan platform digital untuk memasarkan produk sekali gus meningkatkan pendapatan.

 

 

Share this news!
Tags: kerjasamaKKDWpendigitalanrakan strategikSabahusahawan desa
Share6Tweet4

Related Posts

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025

Oleh: John T. TAMBUNAN: Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Tambunan, Dato’ Dr Victor P. Paut komited melaksanakan...

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan pelan intervensi jangka pendek kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS)...

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025

Pattani,Thailand : Perlawanan persahabatan bertemu Buriram United FC semalam disifatkan sebagai medan pembelajaran penting buat Sabah FC yang baru memulakan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

TENOM: Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Kemabong Gundohing Voo Ngok Sang berkata beliau bersedia untuk bertanding dalam pilihan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

TENOM: The Kemabong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Voo Ngok Sang stated that he is prepared to run in...

Load More

TERBARU

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025
Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025
Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com