• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

KKIP Utilities perkukuh infrastruktur industri Sabah melalui kerjasama strategik

July 12, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
KKIP Utilities perkukuh infrastruktur industri Sabah melalui kerjasama strategik
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU: KKIP Utilities Sdn. Bhd., anak syarikat milik penuh KKIP Sdn. Bhd., memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan infrastruktur industri di Sabah menerusi beberapa kunjungan hormat dan perbincangan khas bersama agensi serta entiti strategik kerajaan negeri baru-baru ini.

Kunjungan tersebut melibatkan kerjasama dengan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah serta Sabah Development Bank (SDB), dengan fokus utama terhadap penambahbaikan infrastruktur seperti tenaga, jalan raya, sistem bekalan air dan kemudahan utiliti di kawasan taman perindustrian.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

Dalam sesi perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah, Datuk Fredian Gan, delegasi KKIP Utilities yang diketuai oleh Pengerusi, Fairuz Bandar serta disertai Ketua Pegawai Eksekutif KKIP Sdn. Bhd., Charles Dalansing dan Ketua Pegawai Operasi, Ruseli Kien, membincangkan cadangan penyediaan perkhidmatan penghantaran dan pengagihan elektrik bagi memenuhi keperluan industri berat di POIC Lahad Datu.

Antara cadangan utama ialah pembelian tenaga elektrik secara pukal daripada Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) untuk dijual semula kepada POIC Lahad Datu pada kadar khas, setara dengan kadar perjanjian terdahulu antara utiliti dan Sabah Electricity pada 2014. Pemasangan sistem tenaga boleh diperbaharui turut dicadangkan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan perbincangan menyeluruh bagi meneliti keperluan sistem dan model penyampaian perkhidmatan terbaik.

Dalam kunjungan ke JKR Sabah, pertemuan bersama Pengarah JKR, Datuk Phelimon Lajawai, menyentuh tentang pelaksanaan penyelenggaraan jalan secara berfasa di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP). Fokus utama perbincangan adalah pemetaan aset jalan sedia ada serta cadangan penubuhan jawatankuasa kerja bersama bagi merangka pelan penyelenggaraan jangka panjang. Langkah ini dijangka dapat meningkatkan keselamatan trafik dan menyokong pertumbuhan ekonomi negeri menerusi infrastruktur jalan raya yang mampan.

Delegasi KKIP Utilities turut bertemu dengan Pengarah JPS Sabah, Ir. Siraja Bashora, untuk membincangkan kerjasama dalam membangunkan sistem bekalan air mampan di KKIP. Cadangan termasuk pembinaan takungan air baharu berhampiran KKIP serta penambahbaikan integrasi sistem sedia ada dengan pelaksanaan strategi operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang lebih cekap.

Dalam pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SDB, Patricia Ubing, perbincangan tertumpu kepada penyelarasan dan pembiayaan inisiatif utiliti di KKIP, khususnya berkaitan pembangunan sistem tenaga, bekalan air dan kemudahan kesalinghubungan internet bagi memperkukuh daya saing kawasan tersebut.

KKIP Utilities turut menegaskan komitmen terhadap pematuhan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), selain pelaksanaan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan mampan.

Fairuz berkata, usaha kerjasama rentas agensi ini adalah strategi jangka panjang syarikat untuk menjamin penyampaian perkhidmatan utiliti yang cekap.

“Kami percaya sinergi antara entiti kerajaan, agensi teknikal dan institusi kewangan seperti POIC, JKR, JPS dan SDB amat penting dalam membina sistem sokongan kukuh kepada pelabur. Langkah ini bukan sahaja memperkukuh ekosistem perindustrian negeri, malah menyumbang terus kepada pertumbuhan ekonomi Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

. SUKAU: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, the Election Director for Sabah Barisan Nasional (BN), has expressed confidence in...

Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025

Kenny G performing at SICC. KOTA KINABALU (July 12): Fans packed a ballroom of the Sabah International Convention Centre (SICC)...

Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press conference. PENAMPANG (July 12): Parti Bersatu Sabah (PBS) and Parti Solidariti...

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025

Hajiji (fourth right) officiating the closing gimmick of the PBS-STAR 2025 Convention. PENAMPANG (July 12): Sabah has the potential to...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025
Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025
Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025
Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

Strong sentiment for GRS to go solo

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com