• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Labuan Connect! 2024 Inisiatif Perintis Transformasi Digital

November 23, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Labuan Connect! 2024 Inisiatif Perintis Transformasi Digital
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

LABUAN, 23 Nov (Bernama) — Inisiatif perintis Labuan Connect! menandakan pencapaian penting bukan sahaja untuk Labuan tetapi juga untuk Malaysia secara keseluruhan dalam meningkatkan transformasi digital dalam kalangan rakyat.

Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin berkata program berkenaan mencerminkan komitmen untuk meningkatkan transformasi digital bagi memperkasakan komuniti, memupuk inovasi dan memacu kemajuan yang bermakna.

Related articles

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

“Bagi pihak Bernama, sukalah saya berkongsi bahawa kami sentiasa percaya kepada kekuatan maklumat dan teknologi untuk membentuk masyarakat selain memastikan mereka saling berhubung.

“Misi kami bukan sahaja untuk menyampaikan berita yang tepat dan pantas, sebagai sumber berita yang diyakini, tetapi juga berperanan sebagai pemangkin kepada perubahan dan kemajuan,” katanya pada pelancaran Labuan Connect! 2024 di Kampung Patau-Patau 1 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) Nik Kamaruzaman Nik Husin.

Beliau berkata sebagai rakan strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi penganjuran Labuan Connect!, Bernama membantu kejayaan program itu menerusi pelbagai inisiatif termasuk menampilkan kisah dan pencapaian masyarakat Labuan dalam memasuki era transformasi digital ini.

“Ia bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan keterangkuman, inovasi dan amalan digital yang selamat.

“Serta bagi memperkasakan suara rakyat Labuan, khususnya belia, usahawan dan pembuat perubahannya, untuk bergema di seluruh negara dan merentas sempadan.

“Kami memanfaatkan semua platform, kepakaran dan sumber kami bagi memastikan liputan yang berimpak bagi inisiatif ini, mempamerkan Labuan sebagai hab untuk inovasi dan kemajuan,” katanya.

Nur-ul Afida berkata Bernama juga akan menyediakan platform untuk dialog dan kerjasama sekali gus membolehkan pihak berkepentingan dan masyarakat bertukar-tukar pandangan dan idea.

Beliau juga menekankan kepentingan memberi inspirasi dan mendidik menerusi penceritaan yang menarik sekali gus menonjolkan kuasa transformatif teknologi digital.

“Matlamat ini selaras dengan satu daripada peranan utama BERNAMA iaitu menjadi “jambatan” yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Labuan, Sabah dan Sarawak, memupuk perpaduan, persefahaman bersama dan keharmonian nasional.

Nur-ul Afida turut menggalakkan masyarakat Labuan untuk merebut peluang yang ditawarkan menerusi program berkenaan.

“Marilah kita bersama-sama membina masa depan di mana setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau keadaan, mempunyai peluang untuk maju dalam era transformasi digital.

Beliau turut menggesa pihak berkepentingan untuk terus bekerjasama, berinovasi dan melabur dalam inisiatif seperti Labuan Connect! yang mampu mengubah kehidupan dan membentuk masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.

 

 

Share this news!
Tags: BernamaLabuan Connect!Nur-ul Afida Kamaludintranformasi digital
Share6Tweet4

Related Posts

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025

Pattani,Thailand : Perlawanan persahabatan bertemu Buriram United FC semalam disifatkan sebagai medan pembelajaran penting buat Sabah FC yang baru memulakan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

TENOM: Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Kemabong Gundohing Voo Ngok Sang berkata beliau bersedia untuk bertanding dalam pilihan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

TENOM: The Kemabong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Voo Ngok Sang stated that he is prepared to run in...

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan berhubung cadangan penyelesaian berkaitan hasil Sabah sebanyak 40 peratus yang dikemukakan Kerajaan...

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort, Mohd Shahril Osin menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri...

Load More

TERBARU

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025
Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

July 14, 2025
GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com