• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Labuan Connect! 2024 Serlah Potensi Usahawan Labuan

November 23, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Labuan Entrepreneurs Shine At Labuan Connect! 2024
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

LABUAN, 23 Nov (Bernama) — Semangat keusahawanan di Wilayah Persekutuan Labuan terus pesat berkembang apabila perniagaan makanan tempatan semakin mendapat sambutan, didorong oleh sokongan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).

Tiga usahawan tempatan, Elinawati Kalik, 40, Santi Awang, 37, dan Shirley Dorina Anak Anthony, 46, membuktikan semangat daya tahan dan inovasi ini apabila mengetengahkan jenama masing-masing di acara yang julung kali diadakan – Labuan Connect! 2024 anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Kampung Patau-Patau 1, hari ini.

Related articles

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

Acara bertujuan memperkasakan usahawan tempatan, turut menonjolkan lima teras utama NADI: keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran dan inisiatif kerajaan.

Usahawan terbabit turut berkongsi penghargaan terhadap NADI di atas peranan bagi meningkatkan jangkauan pasaran serta membina jaringan yang berkualiti.

 

Elinawati Kalik – Keunikan Colek Buah Kak Ely

Bersandarkan perniagaan colek buah-buahan campurannya pada 2021 di bawah jenama Colek Buah Kak Ely, Elinawati menjadi antara penyumbang dalam kerancakan perniagaan makanan di Labuan. 

Keunikannya adalah sajian buah-buahan yang dibalut secara kreatif dan menarik ramai pelanggan setia.

“Bimbingan dan sokongan NADI amat penting. Saya belajar cara pembungkusan produk dengan lebih baik dan meneroka pemasaran digital yang telah meningkatkan jualan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Elinawati kini menyasarkan untuk melebarkan sayap perniagaannya ke Sabah dan Sarawak dengan memanfaatkan strategi pemasaran menerusi bimbingan NADI.

 

Santi Awang – Kerepek Pisang Tembusi Pasaran Global

Di bawah jenama Kerepek Pisang Santiawang, wanita gigih Santi memulakan perniagaan pada 2012, didorong oleh minatnya untuk menjadikan pisang sebagai snek serba boleh.

Usahanya ternyata tidak sia-sia apabila kerepek itu bukan sahaja mendapat sambutan di pasaran tempatan malah di Brunei, Singapura dan Jepun.

“Tidak mudah untuk menembusi pasaran antarabangsa, tetapi program NADI mendidik saya mengenai cara menangani keperluan eksport dan pembungkusan yang mampan,” katanya.

Kini rangkaian kerepeknya mempunyai pelbagai perisa termasuk manis, telur masin, keju dan pelbagai lagi selain menyasarkan untuk menggunapakai amalan mesra dalam proses pengeluarannya.

 

Shirley Dorina: Kek, Pastri Sentuhan Artisan

Shirley Dorina membuka perniagaan Cleys Homemade pada 2022 yang menumpukan kek dan pastri artisan yang diilhamkan oleh minat mendalamnya sajian manisan pencuci mulut.

Bermula di Labuan, jenamanya terus berkembang dengan menjangkau pelanggan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Hasil tangannya termasuk kek lapis dan brownies, telah mendapat sambutan berikutan keupayannya menyuntik cita rasa moden dalam resipi tradisional.

“NADI berperanan penting dalam mengajar kami aspek penjenamaan dan berkongsi kisah kami melalui produk. Ia bukan mengenai usaha memasak tetapi bagaimana dapat berhubung dengan pelanggan,” kata Shirley.

Susulan peningkatan permintaan, beliau kini meninjau platform e-dagang dan merancang untuk membuka studio di Labuan bagi memberi tunjuk ajar kepada yang berminat mempelajari pembuatan pastri.

 

Platform Pamer Produk, Jalin Jaringan

Sementara itu, acara Labuan Connect! 2024 selama sehari itu menjadi platform untuk kalangan usahawan tempatan mempamerkan produk, menjalin jaaringan serta menimba ilmu daripada pakar.

Inisiatif MCMC itu turut memaparkan komitmen serta kesungguhan kerajaan dalam memupuk semangat keusahawanan di Labuan dengan menjadi penghubung peniaga tempatan dan pasaran antarabangsa.

Dalam usaha mereka melonjakkan perniagaan masing-masing, kisah kejayaan usahawan ini turut menyerlahkan potensi industri makanan di Labuan.

“Ini hanya permulaan. Menerusi bimbingan dan inovasi yang konsisten, kami percaya jenama-jenama ini akan berada dalam isi rumah di seluruh Malaysia dan melangkaui sempadan,” kata Shirley.

 

 

Share this news!
Tags: e-dagangLabuan Connect 2024MCMCplatformusahawan
Share6Tweet4

Related Posts

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025

Pattani,Thailand : Perlawanan persahabatan bertemu Buriram United FC semalam disifatkan sebagai medan pembelajaran penting buat Sabah FC yang baru memulakan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025

TENOM: Ketua Penyelaras Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Kemabong Gundohing Voo Ngok Sang berkata beliau bersedia untuk bertanding dalam pilihan...

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

TENOM: The Kemabong Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) Gundohing Voo Ngok Sang stated that he is prepared to run in...

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kerajaan Persekutuan akan membuat keputusan berhubung cadangan penyelesaian berkaitan hasil Sabah sebanyak 40 peratus yang dikemukakan Kerajaan...

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Beaufort, Mohd Shahril Osin menolak dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri...

Load More

TERBARU

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025
Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

July 14, 2025
GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

GRS tidak tunduk kepada tekanan politik, tuduhan Ronald tidak berasas– Shahril

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com