• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Lapangan Terbang Tawau Bakal Lebih Luas, Dilengkapi Pendingin Hawa

October 7, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Tawau Airport To Undergo Major Upgrade
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

TAWAU, 7 Okt (Bernama) — Bangunan Lapangan Terbang Tawau di sini akan dinaik taraf menjadi lebih luas serta dilengkapi pendingin hawa, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata kerajaan sudah menyenarai pendek 16 kontraktor untuk dinilai serta proses lantikan kontraktor utama dijangka dimuktamadkan awal tahun depan.

Related articles

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025
UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Loke berkata pihaknya mengambil maklum isu kesesakan lapangan terbang itu susulan peningkatan kemasukan pelancong memandangkan Tawau merupakan pintu masuk ke destinasi pelancongan seperti Semporna. 

“Kapasiti Lapangan Terbang Tawau ini asalnya 1.5 juta penumpang setahun dan purata waktu puncak satu jam ialah 400 penumpang sahaja, tetapi ketika ini melebihi kapasiti. Tahun 2023 direkodkan kemasukan 1.71 juta penumpang dan tahun ini pertumbuhan penumpang dijangka lebih baik, kerana terdapat banyak penerbangan terus masuk daripada China.

“Pergerakan kargo juga meningkat 13,000 metrik tan kargo pada tahun lalu berbanding hanya 4,000 metrik tan dikendalikan di Lapangan Terbang Tawau pada 2019, kargo ini kebanyakan produk segar seperti makanan laut. Kita melihat potensi cukup besar sebab itu kerajaan bersetuju untuk menaik taraf,” katanya kepada pemberita selepas meninjau lapangan terbang berkenaan hari ini.

Loke berkata kos naik taraf dianggarkan bernilai RM130 juta serta berharap projek itu dapat dimulakan awal tahun hadapan dan siap dalam tempoh tiga tahun.

“Memang saya lihat bahawa bangunan terminal sekarang ini usang dan keadaan tidak begitu baik, selain pelbagai kemudahan perlu ditambah baik demi meningkatkan imej Tawau.

“Keluasan lantai (terminal) akan ditingkatkan daripada 15,800 meter persegi menjadi 23,500 meter persegi, kaunter daftar masuk akan ditambah daripada 12 menjadi 20 kaunter dan paling penting terminal ini akan dilengkapi penuh pendingin hawa,” katanya.

Menurutnya projek naik taraf itu akan meningkatkan kapasiti tampungan daripada 1.5 juta kepada 2.5 juta penumpang setahun dan kawasan lapangan terbang diperluas hampir 50 peratus, selain mengindahkan landskap dalaman bangunan.

Di samping itu, beliau turut mengarahkan Malaysian Airport Holding Berhad (MAHB) memasang penyejuk udara di kawasan tumpuan penumpang menunggu termasuk kawasan daftar masuk, sementara projek naik taraf siap. 

“Selain itu aspek papan tanda di kawasan lapangan terbang termasuk penggunaan bahasa seperti Mandarin dan Arab juga perlu ditambah baik, saya juga mengarahkan MAHB menempatkan kakitangan fasih bahasa asing seperti Mandarin dan bertindak sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan bagi membantu pelancong,” katanya.

Loke menambah pembangunan lapangan terbang itu membolehkan lebih ramai pelancong berkunjung ke Sabah sekali gus memberikan tempias besar kepada ekonomi penduduk dan negeri.

 

 

Share this news!
Tags: anthony lokeLapangan Terbang Tawaunaik tarafpenumpangsesak
Share6Tweet4

Related Posts

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Pasukan bola sepak wanita Sabah meletakkan sasaran untuk kembali menjadi juara Liga Wanita Nasional (LWN) pada musim...

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Dalam usaha untuk terus memperkukuhkan budaya integriti dan tadbir urus cemerlang dalam institusi pengajian tinggi, Universiti Malaysia...

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

July 13, 2025

SANDAKAN: Semangat perpaduan dan sokongan akar umbi yang mantap terpancar dengan jelas dalam acara Radu Tatap Radu yang berlangsung hari...

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

Pattani, Thailand: Perlawanan persahabatan Sabah FC menentang Buriram United FC yang berlangsung di Stadium Rainbow malam ini disifatkan sebagai sebagai...

Load More

TERBARU

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

July 13, 2025
UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

July 13, 2025
Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

July 13, 2025
Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Sabah sasar kembali jadi juara LWN 2025

UMS perkasa tadbir urus melalui jalinan strategik bersama persatuan kakitangan

Kepimpinan Bung di Lamag dan Kinabatangan Kekal Kukuh – Pilihan Rakyat Semakin Jelas

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Sabah FC sedia uji kekuatan menentang gergasi Thailand

MNC harus terajui pembangunan identiti ekonomi masyarakat Momogun – Ewon

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com