• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Lebih 1,000 Hadir Hari Bertemu Pelanggan JKR Labuan

October 5, 2024
in Berita
Reading Time: 1 min read
Over 1,000 Flock To Labuan JKR’s Inaugural Mega Public Engagement Day
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

LABUAN, 5 Okt (Bernama) — Lebih 1,000 orang menghadiri program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Jabatan Kerja Raya Labuan di sini hari ini.

Program bermula 7 pagi hingga 4 petang itu bermatlamat mengeratkan hubungan antara jabatan berkenaan dengan masyarakat setempat.

Related articles

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Pengarah Kerja Raya Labuan Mohd Faizul Mohd Ali Hanapiah berkata program itu bukan sahaja dapat menerangkan berkaitan perkhidmatan JKR kepada orang ramai, tetapi juga meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya.

“Melalui program seumpama ini, kami dapat mendengar pandangan dan maklum balas daripada masyarakat sekali gus meningkatkan perkhidmatan yang disediakan,” katanya kepada Bernama pada program bertemakan “Pandu Cermat, Tiba Selamat” itu di sini hari ini.

 Beliau berkata jabatan itu turut menekankan usaha bagi menyelenggara dan menaik taraf infrastruktur, termasuk penyelenggaraan rutin dan kecemasan jalan.

Mohd Faizul berkata selain keadaan jalan raya, faktor kenderaan dan sikap pemandu turut menyumbang kepada kejadian kemalangan.

Beliau sehubungan itu memohon kerjasama semua pihak termasuk JKR Labuan, Perbadanan Labuan, polis serta pengguna jalan raya untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.

Bersempena program itu, Kementerian Kerja Raya turut mempromosikan aplikasi “MyJalan” yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Ogos lepas.

Acara lain ialah taklimat keselamatan jalan raya oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), aktiviti zumba, taklimat bahan keselamatan, cabutan bertuah dan pelbagai gerai jualan.

Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat Kementerian Kerja Raya Datuk Masri Baharuddin pula berharap Hari Bertemu Pelanggan itu dapat membantu mengenal pasti bidang untuk penambahbaikan dan mengukuhkan kerjasama antara JKR, agensi tempatan serta masyarakat.

— BERNAMA

 

 

Share this news!
Tags:  Mohd Faizul Mohd Ali HanapiahHari Bertemu Pelangganjalan rayaJKRLabuanperkhidmatan
Share6Tweet4

Related Posts

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

Oleh Normimie Diun PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Festival Kepenggunaan 2025 (CONFEST 2025) selama...

Load More

TERBARU

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025
CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com