• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

MOSTI Sasar Lebih 300,000 Penyertaan Minggu Sains Negara 2025

July 10, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
MOSTI Targets Over 300,000 Participants For National Science Week 2025
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

LAHAD DATU, 10 Julai (Bernama) — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan lebih 300,000 penyertaan pada Program Minggu Sains Negara 2025.

Timbalan Menterinya Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata melalui program itu, lebih 100 aktiviti dan pengisian menarik berteraskan sains, teknologi dan inovasi ditawarkan kepada pengunjung.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

“Bagi tahun ini MOSTI meneruskan penganjuran Minggu Sains Negara 2025 dengan pendekatan lebih menyeluruh dan bersasar melalui tiga kaedah utama iaitu penganjuran Karnival Minggu Sains Negara (MSN Karnival) secara fizikal di enam zon termasuk di Lahad Datu, Sabah.

“Kaedah kedua melalui pelaksanaan Kembara Minggu Sains Negara (MSN Kembara) ke sekolah luar bandar melalui program Kembara Sains Borneo serta Rehlah Sains, dan terakhir adalah inisiatif Tajaan Minggu Sains Negara (MSN Taja) iaitu menyokong agensi kerajaan, swasta dan semua pihak terlibat dalam membudayakan sains,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Zon Sabah di Dewan Perdana di sini hari ini.

Mohammad Yusof berkata Minggu Sains Negara merupakan antara inisiatif strategik MOSTI dalam mendekatkan sains, teknologi dan inovasi kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi menjelang 2030.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian berkenaan, beliau berkata Karnival Minggu Sains Negara merupakan program pelengkap kepada kokurikulum sedia ada di sekolah yang disediakan Kementerian Pendidikan.

“Pendekatan secara ‘hands-on’ dan interaktif akan menarik minat pengunjung, setakat pagi tadi difahamkan lebih 200 pelajar sekolah hadir ke Karnival Minggu Sains Negara, (membuktikan) rakyat semakin cakna dengan sains, teknologi dan inovasi,” katanya.

Sementara itu, pelajar Tahun Empat Amalania Mohd Ridhwan Wafi menyifatkan pengalaman berkunjung ke karnival itu sebagai menyeronokkan, apatah lagi dia sememangnya meminati mata pelajaran sains di sekolah.

“Hari ini, saya dan lima rakan sekolah dengan ditemani seorang guru berkunjung karnival ini dan dapat melihat satu daripada subjek sains yang saya belajar di sekolah iaitu ‘dash robot’. Sebelum ini saya belajar dan melihat robot ini dalam telefon sahaja, tapi hari ini secara fizikal,” katanya.

Bagi pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Sains (SMS) Lahad Datu, Qistina Nabila Jamri pula, dia mendapat pengetahuan baharu berkaitan kecerdasan buatan (AI) dalam bidang perubatan.

“Saya minat subjek sains di sekolah dan mendapat markah tertinggi ujian baru-baru ini. Belajar sains bukan hanya untuk bijak tetapi juga mengajar kita tentang kemahiran hidup, saya harap karnival seumpama ini diteruskan di masa hadapan,” katanya.

Guru taska Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kampung Telisai, Tungku di sini, Soffiah Harun berkata Karnival Minggu Sains Negara mampu memupuk rasa cinta kanak-kanak melalui literasi sains.

“Hari ini saya dan dua rakan setugas membawa 17 kanak-kanak taska berumur tiga dan empat tahun ke karnival pagi ini agar anak-anak kecil ini dapat didedahkan dengan budaya sains.

“Sekolah kami terletak lebih 100 kilometer dari bandar, kami bertolak dari sekolah pada 7.50 pagi dan tiba di sini 9.20 pagi. Kesemua anak-anak ini cukup gembira dengan pelbagai persembahan sains, teknologi dan inovasi yang ada di program ini,” katanya.

Antara aktiviti menarik yang diadakan pada program itu seperti trivia sains, dunia minda, Ai4Belia, persembahan sains (U-Science UMS), ‘the insect lab: touch, learn, discover’, dan ceritera sebalik radas: teknologi kepintaran buatan kawan@lawan.

Penganjuran Minggu Sains Negara mendapat sokongan daripada Planetarium Negara, Akademi Sains Malaysia, Petrosains Discovery Center Sdn Bhd dan penaja utama Yayasan MR DIY.

Share this news!
Tags: aktiviti menarikMinggu Sains NegaraMohammad Yusof ApdalSabahsasaran
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Seramai 2,515 orang peserta dari pelbagai sektor Kerajaan dan orang awam menyertai larian Majlis...

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadikan ‘Accreditation of Prior Experiential Learning Qualification’ (APEL. Q) sebagai alternatif bagi...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: Jika laungan para penyokong PBS dan Star ‘GRS solo’ (bertanding solo) semasa konvensyen bersama parti itu pada Sabtu...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: If the chants of PBS and Star supporters proclaiming ‘GRS solo’ (competing alone) during their joint convention on...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

Lebih 2,500 peserta sertai MAPPA XX 2025 di Sabah

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com