• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Pembangunan Kampung Angkat MADANI Mukim Kaiduan Manfaatkan Lebih 1,000 Penduduk

July 12, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
MADANI Adopted Village Initiative In Kaiduan Benefits Over 1,000 Rural Residents
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

PAPAR, 12 Julai (Bernama) — Sebanyak 16 projek pembangunan fizikal di Mukim Kaiduan di sini yang dilaksanakan di bawah program Kampung Angkat MADANI (KAM) telah siap sepenuhnya dan memberi manfaat kepada lebih 1,000 penduduk.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata projek untuk KAM Mukim Kaiduan di bawah kementeriannya itu telah dimulakan pada Mei tahun lepas dengan peruntukan RM2.5 juta. 

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Beliau berkata rata-rata penduduk di Mukim Kaiduan yang terdiri daripada Kampung Kaiduan, Kampung Bisuang dan Kampung Bolotikon adalah dalam kumpulan B40 yang tinggal di pedalaman.

“Rata-rata mereka menjana pendapatan menerusi jualan hasil pertanian termasuk golongan wanita yang turun ke tamu seperti di Tamu Kinarut. Mereka keluar dari rumah seawal 1 pagi dengan menempuh jalan mencabar termasuk jambatan gantung yang ada kalanya terkandas disebabkan banjir.

“Inilah antara projek Kampung MADANI, kita bina jambatan dasar atau low level crossing (LLC) baharu di Kampung Ulu Kaiduan supaya penduduk boleh lalui walaupun ketika paras sungai naik,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan penyerahan projek itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kaiduan di sini hari ini.

Program KAM adalah inisiatif kerajaan merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar yang bertujuan menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya, lampu jalan, akses internet dan fasiliti komuniti di kampung-kampung terpilih.

Armizan berkata projek lain termasuk membaik pulih pembetung, membina jambatan baharu dan naik taraf jalan di Kampung Kaiduan dan Kampung Bisuang di samping pembinaan jambatan gantung baharu ke SK Kaiduan serta pembinaan surau dan dewan serbaguna di sekolah itu.

Beliau berkata turut dilaksanakan naik taraf gereja, balai raya dan pembinaan gelanggang sepak takraw baharu di Kampung Bolotikon, membina laluan pejalan kaki berbukit serta pemasangan lampu solar di tiga kampung terlibat.

Armizan berkata pemilihan Mukim Kaiduan sebagai KAM bagi kementerian itu adalah berdasarkan kriteria yang ditetapkan, antaranya tahap liputan kemudahan asas yang masih berada di bawah 50 peratus.

“Projek yang telah siap disasarkan dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat setempat melalui akses perhubungan dan pengangkutan yang selamat, keselesaan rumah ibadat dan merancakkan aktiviti sosioekonomi penduduk,” katanya.

Armizan berkata bagi KAM tahun ini, kerajaan telah memperuntukkan RM200 juta untuk pelaksanaannya dengan kementeriannya telah memilih sebuah kampung di Kedah yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita juga teruskan pelbagai program untuk Mukim Kaiduan tahun ini, bukanlah bermakna telah dilancarkan, telah siap projek itu maka kampung angkat itu berhenti begitu saja. Kita teruskan lagi pada tahun ini melihat pula kepada aspek lain bukan hanya fizikal tetapi pembangunan sosioekonomi,” katanya.

Beliau berkata antara yang menarik untuk dibangunkan di Mukim Kaiduan adalah ekopelancongan kerana kawasan itu mempunyai sumber alam seperti sungai yang cantik dan kekayaan flora serta fauna.

Share this news!
Tags: alamArmizan Mohd AliKampung Angkat MADANIMukim KaiduanSabahsungai
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadikan ‘Accreditation of Prior Experiential Learning Qualification’ (APEL. Q) sebagai alternatif bagi...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: Jika laungan para penyokong PBS dan Star ‘GRS solo’ (bertanding solo) semasa konvensyen bersama parti itu pada Sabtu...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: If the chants of PBS and Star supporters proclaiming ‘GRS solo’ (competing alone) during their joint convention on...

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025

Oleh: Dr. Jikat Binol Darimbang KOTA KINABALU: oilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan sekadar sebuah proses demokrasi yang berlaku setiap...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025
Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Keningau hoskan Karnival Dusunik Sabah pertama Ogos ini – Lawrence

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com