• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Pembesaran Lapangan Terbang Tawau Perkasa Sektor Pelancongan Sabah

October 27, 2024
in Berita, Fokus
Reading Time: 2 mins read
Tawau Airport Expansion A Boost To Sabah Tourism Sector
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Khatijah Jistoh

TAWAU, 27 Okt (Bernama) — Peruntukan pembesaran Lapangan Terbang Tawau menerusi Belanjawan 2025 mampu menjadi pemangkin dalam usaha memperkasa sektor pelancongan di Sabah.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

Pengurus Persatuan Pedagang Rentas Sempadan Sabah Tasman Matto berkata langkah itu penting dalam usaha menyediakan sebuah lapangan terbang berkapasiti tinggi di pantai timur Sabah bagi menyokong Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu yang terletak di pantai barat negeri itu.

Beliau berkata usaha pembesaran itu diharap membuka jalan bagi membolehkan Lapangan Terbang Tawau memenuhi keperluan pelancongan peringkat antarabangsa yang lebih besar untuk kawasan pantai timur Sabah.

“Tawau merupakan hab strategik bagi Kawasan Pembangunan ASEAN Timur (BIMP-EAGA) dan dengan langkah pembesaran Lapangan Terbang Tawau ini sudah pasti boleh berkembang sebagai antara hab pengangkutan utama di rantau ini.

“Malahan kedudukan strategik Tawau berhampiran ibu negara Indonesia, Nusantara, membuka peluang ekonomi, di samping Tawau dan daerah sekitar seperti Kunak, Lahad Datu serta Semporna masing-masing memiliki tarikan pelancong, khususnya Semporna yang cukup terkenal dengan pelancong China,” katanya kepada Bernama.

Menurut Tasman, Lapangan Terbang Tawau kini menerima kemasukan pelancong China melalui penerbangan terus dari negara itu serta Macau menerusi syarikat penerbangan AirAsia serta Batik Air, di samping terdapat 32 penerbangan sewa khas dari negara itu ke Tawau.

Lapangan terbang itu juga mengendalikan penerbangan domestik antaranya dari Kota Kinabalu, Sandakan dan Kuala Lumpur.

Lapangan Terbang Tawau asalnya direka untuk menampung 1.5 juta penumpang setahun, kini beroperasi dengan kapasiti 1.71 juta penumpang tahun lepas, selain perkhidmatan kargo juga menyaksikan lonjakan besar dengan 13,000 tan dikendalikan tahun lepas berbanding 4,000 tan pada 2019.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat baru-baru ini berkata kerajaan bersetuju melaksanakan projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau serta Lapangan Terbang Miri, Sarawak dengan kos RM235 juta.

Ahli perniagaan Tan Sri Liew Yun Fah berkata naik taraf Lapangan Terbang Tawau itu sekian lama dinantikan dan Perdana Menteri serta kerajaan Persekutuan menyedari kepentingan untuk ia ditambah baik, sebelum ia direalisasikan menerusi Belanjawan 2025.

Pengerusi Kumpulan DESA Sabah itu berkata beliau sendiri ada berhubung dengan pihak Konsul Jeneral China di Kota Kinabalu yang memberi maklum balas terdapat permintaan tinggi untuk penerbangan dari negara itu mendarat di Tawau bagi membawa pelancong.

“Memang ada kesesakan penumpang kerana kemudahan tidak mencukupi menyebabkan ketidakselesaan. Terima kasih juga kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke yang turun padang melihat sendiri keadaan Lapangan Terbang Tawau.

“Naik taraf ini satu perkara penting, ini bukan hanya menaik imej kerajaan Sabah tetapi kerajaan Persekutuan,” katanya dan menambah sektor pelancongan mula meningkat kembali seperti sebelum keadaan pandemik COVID-19, justeru, beliau berharap naik taraf Lapangan Terbang Tawau dapat disegerakan.

Sementara itu, seorang pembekal makanan laut Samsur Bahar, 48, berharap pembesaran lapangan terbang itu dapat dipercepatkan terutama bagi memenuhi permintaan pengangkutan kargo yang semakin meningkat.

“Ada terdapat permintaan dari segi eksport makanan laut jadi kita harap kapasiti lapangan terbang ini ditingkatkan untuk kita penuhi permintaan ini. Memang langkah ini amat ditunggu-tunggu rakyat di kawasan kita ini,” katanya. 

Bagi pekerja swasta, Ng Tze Ti pengumuman peruntukan itu membuktikan kerajaan pada hari ini mengambil berat keperluan penting dan bermanfaat untuk rakyat serta Sabah.

“Saya harap tambah baik kemudahan sedia ada di lapangan terbang, seperti tempat duduk, tempatkan penyejuk udara, selain itu kaunter daftar masuk dan kaunter Imigresen juga perlu diperbanyak bagi menangani kesesakan,” katanya.

 

 

Share this news!
Tags: Belanjawan 2025Lapangan Terbang Tawauprojek pembesaranreaksiSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025

. SUKAU: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, the Election Director for Sabah Barisan Nasional (BN), has expressed confidence in...

Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025

Kenny G performing at SICC. KOTA KINABALU (July 12): Fans packed a ballroom of the Sabah International Convention Centre (SICC)...

Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025

Dr Jeffrey (left) and Dr Joachim during the press conference. PENAMPANG (July 12): Parti Bersatu Sabah (PBS) and Parti Solidariti...

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025

Hajiji (fourth right) officiating the closing gimmick of the PBS-STAR 2025 Convention. PENAMPANG (July 12): Sabah has the potential to...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

July 12, 2025
Sabah Air Aviation receives Brandlaureatte Brand Award

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

July 12, 2025
Strong sentiment for GRS to go solo

Strong sentiment for GRS to go solo

July 12, 2025
Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

July 12, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

BN confident in retaining the Sukau seat in PRN – Salleh

Kenny G dazzles Sabah in long-awaited debut

Strong sentiment for GRS to go solo

Hajiji: GRS can propel Sabah to greater heights

Former SOGDC CEO refutes Masidi’s claims on Sabah oil and gas progress

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com