• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Penjawat Awam Persekutuan, Negeri Perlu Perkukuh Sinergi Realisasi Projek Pembangunan Sabah

November 14, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Penjawat Awam Persekutuan, Negeri Perlu Perkukuh Sinergi Realisasi Projek Pembangunan Sabah
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) — Penjawat awam Persekutuan dan negeri di Sabah perlu terus memperkukuh kerjasama erat dalam usaha memastikan segala peruntukan berkaitan pembangunan Sabah disalurkan kerajaan menerusi Belanjawan 2025 dapat dilaksanakan sebaiknya demi manfaat rakyat.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata isu berkaitan pembangunan kemudahan dan infrastruktur awam di Sabah yang menjadi rungutan serta aduan rakyat negeri itu akan terus berlaku sekiranya tiada sinergi yang utuh dibentuk bagi menangani perkara berkenaan.

Related articles

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

“Kerjasama yang baik perlu dijelmakan untuk memastikan peruntukan disediakan kerajaan dapat memberi manfaat kepada rakyat Sabah. Mengambil contoh Sarawak yang begitu pantas dalam membangunkan negeri mereka. Jadi Sabah tidak terkecuali. Tidak ada kurangnya Sabah.

“Cuma mungkin (perlu) kerjasama antara beberapa pihak terutama daripada Persekutuan dan negeri  supaya segala perancangan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan. Saya pasti rakyat Sabah mahu melihat pembinaan Pan Borneo Sabah juga sama seperti progress dan pelaksanaannya di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada ketika ditemui selepas menghadiri program Bitara INTAN – Bicara H.E.M.A.T: Merealisasikan Aspirasi Perkhidmatan Berprestasi Tinggi di sini, hari ini.

Dalam Belanjawan 2025 Wan Ahmad Dahlan berkata Sabah menerima peruntukan RM6.7 bilion bagi penyediaan prasarana asas seperti jalan raya, elektrik dan air bersih, selain surat setuju terima bagi 17 pakej pembinaan jalan di bawah Fasa 1B Pan Borneo Sabah.

Beliau berkata ini tidak termasuk sejumlah peruntukan besar bagi menaik taraf prasarana sekolah daif di Sabah, katanya.

Sementara itu Wan Ahmad Dahlan menyeru semua penjawat awam supaya melakukan anjakan paradigma dalam aspek penyampaian perkhidmatan kepada rakyat berikutan penambahbaikkan dilakukan kerajaan antara lain melibatkan pelarasan gaji menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan tanggungjawab dengan meluluskan skim baharu perkhidmatan itu yang turut merangkumi pembangunan bakat dan kerjaya penjawat awam, justeru perubahan drastik perlu dilakukan bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan adalah lebih baik berbanding sebelum ini.

“Biarlah perkhidmatan kita setimpal dengan apa yang telah diberikan kerajaan. Itulah harapan saya. Saya juga menyeru kepada semua penjawat awam Persekutuan di Sabah supaya jangan ragu-ragu untuk memilih SSPA.

“Ini kerana sistem ini memberi faedah yang sangat baik kepada penjawat awam bukan hanya dari segi gaji, tetapi juga dari segi kemajuan kerjaya dan pembangunan bakat mereka. Harapan saya sebelum 30 Nov ini, semua penjawat awam Persekutuan di Sabah memilih SSPA,” katanya.

Terdahulu Wan Ahmad Dahlan dalam ucapannya berkata lima nilai membentuk H.E.M.A.T. iaitu “Hijrah Tata Kelola”, “Empati Rakyat”, “Minda Pekin”, “Apresiasi Inovasi” dan “Telus Tadbiran” diperkenal pada Februari lepas itu bertujuan membentuk perkhidmatan awam progresif, inklusif dan berdaya saing.

Beliau berkata nilai itu juga dicipta bagi memastikan penjawat awam mampu menambah baik penyampaian perkhidmatan, selain berupaya menongkah arus cabaran masa kini termasuk kemunculan teknologi terkini sekali gus bergerak ke hadapan dalam merealisasikan aspirasi serta agenda negara yang telah dirangka.

Pada majlis itu Wan Ahmad Dahlan turut melancarkan Kursus Terbuka Dalam Talian H.E.M.A.T. merangkumi sinopsis Modul Latihan Pembudayaan H.E.M.A.T. yang boleh diakses melalui laman sesawang rasmi e-Pembelajaran Sektor Awam secara Massive Open Online Courses.

Ini bagi memberi kefahaman dan memperkukuh penerapan nilai-nilai H.E.M.A.T dalam kalangan pegawai awam menerusi pembelajaran lebih fleksibel, menyeluruh dan sesuai dengan era digital masa kini.

 

 

 

 

Share this news!
Tags: kerjasamapembangunanpenjawat awamSabahsinergiWan Ahmad Dahlan Abdul Aziz
Share6Tweet4

Related Posts

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Load More

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com