• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Perkukuh TVET, Bebaskan Belia Sabah Dalam Kitaran Pengangguran

July 9, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
PELAN HALA TUJU SABAH MAJU JAYA BANGUNKAN PERTUMBUHAN EKONOMI, KEMAMPANAN
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 9 Julai (Bernama) — Kerajaan Sabah menyokong sepenuhnya usaha memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memastikan belia di negeri ini berdaya saing dalam pasaran kerja dan tidak lagi terperangkap dalam kitaran pengangguran.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata penubuhan Majlis TVET Sabah pada Mei tahun ini satu anjakan paradigma penting dalam landskap pembangunan TVET negeri.

Related articles

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

“TVET tidak lagi boleh dianggap sebagai sekadar satu pilihan. Sebaliknya, ia perlu diterima sebagai pilihan arus perdana dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang mampu membentuk masa depan Sabah.

“TVET bukan hanya memberikan kemahiran teknikal, malah memperkasakan individu, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi negeri,” katanya pada majlis perasmian Simposium TVET Sabah di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Hajiji berkata kerajaan negeri menyedari bahawa kemahiran teknikal dan vokasional adalah tunjang kepada pembangunan negeri yang kaya dengan pelbagai potensi, termasuk sumber asli, sektor minyak dan gas, pertanian, pelancongan dan pembuatan.

“Namun, untuk meneruskan pertumbuhan sektor-sektor, kita memerlukan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi kehendak industri yang semakin rancak membangun di negeri ini.

“Saya juga menyeru golongan belia untuk melihat TVET sebagai pilihan utama dan bukan sekadar alternatif dalam merancang masa depan mereka. TVET sepatutnya dilihat sebagai satu pilihan bijak yang mampu melahirkan profesional, usahawan dan inovator masa hadapan.

“Belia Sabah perlu merebut peluang untuk menyertai bidang TVET kerana kursus yang ditawarkan hari ini selari dengan kehendak pasaran kerja semasa sekali gus menjamin kebolehpasaran graduan,” katanya.

Hajiji berkata dalam era Revolusi Industri 4.0 dan gelombang pendigitalan, kemahiran dalam bidang teknikal, automasi dan kecerdasan buatan (AI) menjadi aset amat bernilai.

“Jika belia Sabah tidak dilengkapi dengan kemahiran ini, kita akan ketinggalan dalam arus perubahan ini. Maka, TVET menjadi platform terbaik untuk membina tenaga kerja berkemahiran tinggi yang akan memacu kemajuan Sabah,” katanya.

Beliau berkata komitmen kerajaan dalam membangunkan modal insan jelas dapat dilihat menerusi pelbagai inisiatif dan pelaburan.

“Usaha-usaha yang kita kini mula membuahkan hasil. Statistik terkini menunjukkan kadar pengangguran di Sabah menurun daripada kira-kira 8.2 peratus pada 2021 kepada 7.5 peratus pada 2023.

“Meskipun kadar ini masih tinggi berbanding kadar pengangguran kebangsaan, namun trend penurunan ini amat memberangsangkan dan mencerminkan keberkesanan pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi dan modal insan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Namun, beliau berkata data Jabatan Perangkaan menunjukkan Sabah masih berdepan cabaran apabila lebih separuh atau 58.6 peratus daripada jumlah penganggur di negeri ini terdiri golongan belia berumur 15 hingga 24 tahun, manakala 55.8 peratus daripada keseluruhan penganggur hanya mempunyai kelayakan pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah sahaja.

“Angka ini jelas menunjukkan bahawa ramai belia memerlukan latihan kemahiran dan pendidikan lanjutan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka,” katanya.

Sehubungan dengan itu, simposium bertemakan ‘TVET Mampan untuk Masa Depan Modal Insan Sabah: Ekosistem TVET Bersepadu’ amat bertepatan dengan keperluan semasa negeri Sabah.

Hajiji berharap peserta dapat memanfaatkan peluang ini untuk mewujudkan jaringan kerjasama antara institusi pendidikan dan pihak industri sepanjang dua hari simposium berlangsung.

 

 

 

Share this news!
Tags: beliaekosistem PendidikanHajiji NoorSabahSimposiumTVET
Share6Tweet4

Related Posts

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025

PENAMPANG, 12 Julai (Bernama) -- Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) menjadikan ‘Accreditation of Prior Experiential Learning Qualification’ (APEL. Q) sebagai alternatif bagi...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: Jika laungan para penyokong PBS dan Star ‘GRS solo’ (bertanding solo) semasa konvensyen bersama parti itu pada Sabtu...

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025

KOTA KINABALU: If the chants of PBS and Star supporters proclaiming ‘GRS solo’ (competing alone) during their joint convention on...

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025

Oleh: Dr. Jikat Binol Darimbang KOTA KINABALU: oilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bukan sekadar sebuah proses demokrasi yang berlaku setiap...

Load More

TERBARU

Kerajaan Sabah Komited Kekal Persekitaran Media Yang Adil Dan Saksama

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

July 13, 2025
APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

July 13, 2025
Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

July 13, 2025
Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Keputusan Bubar DUN Sabah Hanya Selepas Konsensus – Hajiji

APEL.Q alternatif tingkatkan ilmu, pengiktirafan akademik penjawat awam

Adakah laungan GRS tanding solo satu jaminan akan kembali berkuasa pasca PRN17?

Will the GRS chants for going solo ensure a comeback after PRN17?

Cabaran PRN Sabah: Merealisasikan Konsep “Rumah Kita, Kita Jaga”

Keningau hoskan Karnival Dusunik Sabah pertama Ogos ini – Lawrence

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com