• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Pesara Kerajaan Sabah Terima Bonus RM1,000 – Hajiji

November 27, 2024
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Hajiji Calls For Grassroots Support To Address Poverty In Sabah
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU, 27 Nov (Bernama) — Pesara kerajaan Sabah akan menerima bonus sebanyak RM1,000 dan dibayar sebelum Aidilfitri tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Mengumumkan perkara itu, beliau berkata kerajaan negeri mengambil keputusan berkenaan selepas mendengar pemintaan daripada pesara selain menghargai jasa serta khidmat bakti mereka selama ini kepada negeri Sabah.

Related articles

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

“Dalam pembentangan belanjawan (negeri) yang lepas, hanya penjawat awam yang mendapat bonus. Saya rasa tidak adil untuk tidak memberi bonus kepada pesara kerajaan negeri yang telah berkhidmat bakti kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-47 Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) di sini hari ini.

Menteri Kewangan negeri Datuk Seri Masidi Manjun ketika membentangkan Belanjawan Sabah 2025 pada 15 Nov mengumumkan bantuan khas kewangan atau bonus sebulan gaji dengan bayaran minimum RM3,000 kepada semua penjawat awam Sabah.

Sementara itu, Hajiji mahu KOPEKS terus merancang perniagaan baharu atau mempelbagaikan lagi perniagaan koperasi khususnya dalam era mencabar masa kini serta memastikan pengurusan yang cekap, komited dan berintegriti.

Beliau berkata pelan strategi perniagaan dirancang KOPEKS bagi 2024-2026 meliputi bidang perniagaan, pelaburan dan pembangunan perniagaan termasuk membangunkan dua bidang tanah di Menggatal dan Lahad Datu untuk perumahan yang boleh dibeli oleh ahli koperasi itu serta orang ramai.

Hajiji berkata KOPEKS yang kini sudah mencapai usia 61 tahun dan sebagai koperasi tertua di negeri ini perlu terus kekal relevan dan menjadi pilihan kepada penjawat awam, malah pernah mencapai hingga 20,000 ahli dalam era akhir 70-an dan 80-an.

“Ini merupakan sejarah besar KOPEKS, walaupun bilangan ahli aktif ketika itu hanya 5,898 orang, saya percaya ia akan menjadi sumber kekuatan kepada KOPEKS,” katanya yang turut melahirkan rasa gembira kerana hampir 90 peratus ahli menikmati pelbagai kemudahan disediakan oleh koperasi berkenaan.

Beliau berkata KOPEKS turut melaksanakan program lain seperti pembiayaan kredit, pembiayaan menunaikan umrah, program pelancongan anggota, tabung khairat bagi ahli yang meninggal dunia, insentif pendidikan, sumbangan kepada asnaf dan anak yatim.

Share this news!
Tags: bonusHajiji NoorKOPEKSpesara kerajaan SabahSabah
Share6Tweet4

Related Posts

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025

Oleh Normimie Diun PENAMPANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menganjurkan Festival Kepenggunaan 2025 (CONFEST 2025) selama...

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

July 13, 2025

Armizan (left) speaking to the media at the closing of Consumer Festival 2025 at ITCC Penampang on Sunday.-Bernama photo PENAMPANG...

Load More

TERBARU

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025
CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

July 13, 2025
PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

PN’s rejection clarifies political landscape – Armizan

Kiulu folk must be courageous in making changes during PRN17—Henry Saimpon

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com