• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

Polis tumpaskan cubaan edar dadah 2.13kg, disembunyikan dalam bungkusan makanan

July 11, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
Polis tumpaskan cubaan edar dadah 2.13kg, disembunyikan dalam bungkusan makanan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Satu cubaan sindiket pengedaran dadah untuk mengaburi pihak berkuasa tumpas selepas polis berjaya merampas lebih dua kilogram dadah disyaki jenis syabu bernilai RM74,500 dalam serbuan di sebuah bengkel kenderaan di Kampung Tator, Hilltop di sini, pada 7 Julai lalu.

Related articles

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik telah menahan tiga lelaki di bengkel berkenaan dan merampas sebuah kotak yang mengandungi dadah yang disyaki syabu.

“Susulan tangkapan tersebut, polis menjalankan siasatan lanjut dan berjaya menahan seorang lagi lelaki di kawasan Lapangan Terbang Tawau pada jam 1.30 petang hari yang sama.

“Keempat-empat suspek berusia antara 29 hingga 64 tahun, tiga daripadanya merupakan warganegara Malaysia, manakala seorang lagi adalah warga asing dari negara jiran,” katanya dalam sidang media di IPD Tawau, hari ini.

Menurut Jasmin, semua suspek didapati negatif dadah berdasarkan ujian urin, namun salah seorang daripada mereka mempunyai dua rekod jenayah lampau.

Beliau berkata, suspek yang ditahan di lapangan terbang dipercayai merupakan pembekal dadah, manakala tiga yang berada di bengkel termasuk ketua sindiket dan dua orang lagi bertindak sebagai pengedar,” jelas beliau lagi.

Hasil siasatan awal mendapati suspek dari lapangan terbang tiba di Tawau pada 6 Julai dan merancang untuk berlepas ke Kota Kinabalu pada 7 Julai, hari yang sama dia ditahan dan dadah tersebut dipercayai dibawa masuk ke Tawau melalui jalan darat dari luar daerah.

Jasmin berkata, sindiket kali ini menyembunyikan syabu dalam bungkusan makanan kering berjenama “durian kering”, berbeza dengan trend sebelum ini yang menggunakan bungkusan teh Cina.

“Ini adalah antara taktik sindiket dadah untuk mengelirukan pihak berkuasa. Walaupun pembungkusan menyerupai makanan kering, isinya adalah syabu. Taktik ini digunakan untuk mengelakkan dikesan ketika penghantaran,” kata Jasmin.

Tambah beliau, bengkel yang diserbu dimiliki oleh ketua sindiket dan berfungsi sebagai tempat penyimpanan sementara, namun, ia tidak dianggap sebagai markas utama operasi dadah tersebut.

“Tindakan menggunakan bengkel sebagai tempat serahan dan penyimpanan adalah satu lagi usaha untuk menyamar aktiviti haram di sebalik perniagaan sah,” jelasnya.

Katanya, setakat ini, siasatan masih dijalankan termasuk untuk mengenalpasti rangkaian sindiket ini yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket dari negeri lain.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika disabitkan kesalahan manakala keempat-empat suspek telah ditahan reman selama tujuh hari sehingga 15 Julai 2025.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025

Kota Kinabalu : Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air  (PETRA) memperuntukkan sebanyak RM8.799 bilion sehingga Jun lalu bagi pelaksanaan 86...

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Load More

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

July 14, 2025
Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

PETRA laksana 86 projek pembangunan di Sabah melibatkan peruntukan RM8.8 bilion

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com