• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Berita

PRN Sabah: GRS makin kukuh, PRN-17 referendum rakyat Sabah – Aksyah

July 13, 2025
in Berita
Reading Time: 2 mins read
PRN Sabah: GRS makin kukuh, PRN-17 referendum rakyat Sabah – Aksyah
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU: Bekas Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri BERSATU Sabah, Aksyah Nasrah menyifatkan Konvensyen Perpaduan PBS-STAR 2025 sebagai manifestasi jelas bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) semakin kukuh dan bersedia menjadi tonggak utama pentadbiran negeri ini.

Beliau berkata, ucapan penggulungan kedua-dua pemimpin parti komponen GRS dalam konvensyen itu membuktikan keikhlasan dan kesepaduan ahli-ahli mereka dalam memperkukuhkan GRS menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Related articles

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

“Saya mengikuti majlis perasmian penutupan konvensyen berkenaan dan dapat melihat sendiri semangat serta solidariti tinggi yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PBS dan STAR,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aksyah turut menyifatkan kehadiran tokoh veteran, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan selaku Penasihat Perdana PBS dan Huguan Siou telah menghangatkan lagi suasana dan menyuntik semangat penyatuan dalam kalangan peserta.

Mengulas ucapan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, beliau berkata laungan “SOLO” yang bergema setiap kali istilah “parti tempatan” disebut jelas memberi gambaran betapa kuatnya kesepaduan komponen GRS ketika ini.

“Kenyataan Hajiji dan respons spontan hadirin menggambarkan kesiapsiagaan jentera GRS. Secara mental dan fizikal, mereka sudah bersedia. Hanya menunggu semboyan dibunyikan,” katanya.

Dalam pada itu, Aksyah mengecam kenyataan beberapa pemimpin pembangkang dari UMNO dan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba menjatuhkan imej GRS dengan tuduhan melulu seperti ‘pengkhianat’.

“Ini adalah corak politik seberang yang cuba disuntik ke dalam politik matang Sabah. Mereka semakin terdesak. Namun biarlah mereka terus melabel, kerana kata-kata itu hanya mencerminkan personaliti mereka sendiri,” katanya.

Aksyah berkata, yang lebih utama adalah GRS kekal fokus memperkukuh gerak kerja dan kesatuan dalaman demi memenuhi aspirasi rakyat Sabah yang mahukan pentadbiran oleh gabungan parti tempatan.

“GRS masih muda, tetapi jika kita rujuk rekod rasmi kerajaan, pelbagai kejayaan sudah dicapai dalam tempoh singkat ini. Malangnya semua itu dinafikan pembangkang kerana mereka sudah terkena Sindrom Penafian,” katanya.

Beliau turut memetik kenyataan Hajiji bahawa kerajaan GRS mewarisi Sabah dalam keadaan tenat, namun berjaya memulihkannya berkat keikhlasan, muafakat dan iltizam politik yang kukuh.

Katanya lagi, kehadiran para perwakilan dan kehangatan semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen berkenaan harus menjadi contoh kepada semua parti komponen GRS.

“PRN-17 adalah referendum rakyat Sabah. Kini masa untuk rakyat bersatu, bersolidariti dan memberikan mandat sepenuhnya kepada GRS demi memastikan negeri ini terus maju dan sejahtera,” tegasnya.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025

Read Time:48 Second Kota Kinabalu : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dijadual akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas...

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025

Oleh Sitti Nor Azizah Talata LAHAD DATU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Silam terus memperkukuh peranannya di peringkat...

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025

Kota Kinabalu : Penjawat awam dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Timbalan Ketua...

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025

Dr Roland KOTA KINABALU (July 13): The Sabah government’s progress in the oil and gas sector is grounded in facts...

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

Anifah KOTA KINABALU (July 13): Parti Cinta Sabah (PCS) president Senator Tan Sri Anifah Aman has expressed full support for...

Load More

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

July 13, 2025
Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

July 13, 2025
Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

July 13, 2025
Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

July 13, 2025
Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

July 13, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Fadillah Yusof pengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Khas MA63 Sabah esok 

Jentera akar umbi Gagasan Rakyat Silam digembleng demi kebajikan rakyat

Penjawat awam dinasihat amalkan gaya hidup sihat

Sabah’s oil and gas gains built on reforms, not rhetoric — Dr Roland

Anifah backs Hajiji’s move for GRS consensus on assembly dissolution

CONFEST 2025 platform perkasa kepenggunaan dan rangka Dasar Pengguna Negara 2.0

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com