• Hubungi Kami
Sabah Okay
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami
No Result
View All Result
Sabah Okay
No Result
View All Result
Home Local

PRN17 Sabah Peluang Terbaik Gagasan Rakyat Kukuhkan Kedudukan

November 10, 2024
in Local
Reading Time: 3 mins read
PRN17 Sabah Peluang Terbaik Gagasan Rakyat Kukuhkan Kedudukan
16
SHARES
125
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter
Share this news!

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) adalah peluang baik untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) untuk memperkukuhkan kedudukan di negeri ini.

Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, selain menjadi medan untuk semua ahli parti pasakkan asas parti serta memperkasa sokongan rakyat terhadap parti yang tercinta ini. 

Related articles

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025
Tiga premis musnah dalam kebakaran

Bekas Ketua Menteri Sabah Tak Tolak Kemungkinan Tanding Semula Pada PRN17

July 6, 2025

“Momentum ini akan menjadikan Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kukuh terpatri dalam politik arus perdana, sekali gus mencipta blok politik yang kuat lagi disegani.

“Melihat kepada situasi dan kedudukan kita masa kini, meski pun semuanya berjalan dengan baik dan teratur, tetapi Gagasan Rakyat, sebagai sebahagian daripada komponen dalam GRS, perlu mula memperkemaskan strategi, menyusun rapi pentadbiran dan pengurusan parti,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Agung Tahunan Gagasan Rakyat 2024, di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri berkata, tiada lagi ruang untuk berlengah-lengah atau berpuas hati dengan kedudukan dan pencapaian. 

Katanya, tiada lagi ruang untuk bermegah-megah dengan jawatan dan kedudukan.

“Rakyat adalah punca kuasa….Di tangan rakyat terletaknya nasib kita….Parti ini sekadar bahtera atau kenderaan yang menggerakkan perjuangan kita. 

“Saya sebagai Presiden dan anda sebagai Ketua Bahagian atau Ketua Cawangan dan sebagai Ketua Sayap…kitalah yang menakhoda atau menjadi jurupandu di peringkat kita masing-masing.

“Saya katakan ini sebagai peringatan kepada kita semua, bahawa di tahap ini, usaha kita seharusnya sudah sampai ke tahap paling maksimum, iaitu usaha mendekati dan menyantuni rakyat.

“Bahkan usaha dalam mengajak rakyat untuk menyertai bahtera perjuangan kita. 

“Ini termasuklah juga usaha memperkukuh pentadbiran dan struktur parti di setiap cawangan, di seluruh bahagian dan di semua peringkat! Cuba kita cermin-cerminkan diri, di mana dan bagaimana kedudukan kita sekarang ini?.

“Maksud saya, jarak antara kita dengan rakyat, kedudukan antara kita dengan golongan akar umbi. Adakah kita ini dekat dengan mereka?, dan adakah mereka menyenangi serta menyokong perjuangan kita? Anda yang berada di lapangan, dan anda yang menjaga kawasan, tentu lebih arif untuk memberikan reaksi atau jawapan daripada pertanyaan yang saya lontarkan,” katanya.

Hajiji berkata, beliau bukan sahaja mengharapkan laporan atau cerita yang baik-baik daripada setiap kawasan, tetapi mahukan keikhlasan dan kejujuran dalam memberikan laporan berkenaan. 

“Ada kalanya, laporan yang diterima tidak seperti maklum balas yang sampai ke telinga saya, yang dibawa sendiri oleh ahli-ahli parti dari akar umbi. 

“Sebab itu saya tekankan, hubungan antara pimpinan bahagian dengan rakyat setempat, hendaklah sentiasa rapat dan akrab, agar denyut nadi rakyat ini mudah kita selami dan fahami,” katanya.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut mengingatkan bahawa jangan terbawa-bawa dengan amalan atau budaya politik yang hanya mengutamakan ahli-ahli parti semata-mata, tanpa melibatkan rakyat seluruhnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu rakyat menjauh atau rakyat rasa terpinggir dari arus perdana kemajuan dan pembangunan.

Katanya, perpecahan dalam konteks berpersatuan dalam perjuangan, akan meruntuhkan institusi kemasyarakatan dan anggota masyarakat adalah mangsanya.

Hajiji mengingatkan para pemimpin parti agar mempertingkatkan daya juang, perkukuhkan jentera pilihan raya, rapatkan saf kepimpinan dan lebih penting mendekati rakyat walaupun mereka berada jauh di pedalaman.

“Saya ingin mengajak rakan-rakan seperjuangan sekalian, untuk kita sama-sama menggembleng tenaga dan minda, memerangi segala tohmahan, pembohongan dan fitnah yang menjadi-jadi di luar sana. 

“Inilah bentuk cabaran dan ujian terbaharu dalam perjuangan. Kita tidak mahu rakyat terpedaya dan mempercayai segala pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang dan musuh-musuh politik kita. 

“Sebagai kepimpinan parti yang dekat dengan golongan akar umbi, saya mengarahkan semua Ketua Bahagian serta Ketua-Ketua Sayap, agar memantapkan Biro Politik masing-masing. 

“Kerana itu adalah peranan biro berkenaan untuk menangkis dan memerangi segala dakyah, tohmahan, pembohongan dan fitnah yang dilemparkan terhadap parti kita, terhadap pimpinan kita dan terhadap kerajaan GRS-PH Plus yang kita dukungi sekarang ini,” katanya.

Share this news!
Share6Tweet4

Related Posts

Warisan Kaamatan June 24

Only Warisan Can Deliver Political Independence for Sabah

July 14, 2025

PRESS STATEMENT12th July 2025 As the next Sabah state election looms closer, it has become increasingly clear that Gabungan Rakyat...

Tiga premis musnah dalam kebakaran

Bekas Ketua Menteri Sabah Tak Tolak Kemungkinan Tanding Semula Pada PRN17

July 6, 2025

SANDAKAN: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yong Teck Lee tidak menolak kemungkinan untuk kembali bertanding pada Pilihan Raya Negeri...

Kemungkinan BN, Warisan kerjasama Hadapi PRN Tinggi – Penganalisis

Kemungkinan BN, Warisan kerjasama Hadapi PRN Tinggi – Penganalisis

November 18, 2024

KOTA KINABALU: Kemungkinan BN menjalin kerjasama dengan Parti Warisan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Sabah akan datang tinggi dengan mengambil...

UMNO Pertimbang Tanding Semua Kerusi DUN Parlimen Kalabakan

UMNO Pertimbang Tanding Semua Kerusi DUN Parlimen Kalabakan

November 3, 2024

TAWAU: UMNO Sabah akan pertimbangkan untuk meletakkan calon di semua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kalabakan pada...

PRN Sabah: BN Sedia Gerak Solo – Bung Moktar

November 3, 2024

KUNAK : Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia untuk bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang akan datang,...

Load More

TERBARU

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

July 14, 2025
Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

July 14, 2025
Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

July 14, 2025
Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

July 14, 2025

POPULAR

  • Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    Revitalising Sabah’s Tourism Industry: Addressing Key Challenges

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Likas villagers to be relocated to new permanent settlement

    19 shares
    Share 8 Tweet 5
  • Buaya tembaga baham lembu ditembak mati

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • Traffic summons discount at Sabah MADANI Rakyat programme

    18 shares
    Share 7 Tweet 5
  • 625 graduate from eight Sabah community colleges

    17 shares
    Share 7 Tweet 4

Dapatkan berita-berita politik, viral atau apa sahaja di sini. Kamu pun boleh rekomen apa-apa yang patut kami siarkan di laman kami. 

TERBARU

Dr Victor beri penekanan usaha perbaiki fasiliti sukan Tambunan

Kerajaan laksana intervensi segera tangani isu air di UMS

Aksi bertemu Buriram United medan uji tahap kesediaan Sabah FC – Alto Linus

Roger Voo sedia tanding PRN17 di DUN Kemabong atas tiket KDM jika diberi peluang

Roger Voo ready to contest in PRN17 in Kemabong on a KDM ticket if given the chance

Cadangan penyelesaian berhubung MA63 September ini – Fadillah

  • Hubungi Kami

© JNews Crafted with love by – Jegtheme.

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Berita
  • Sukan
  • Hiburan
  • Hubungi Kami

© 2024 SabahOkay.com