TELUPID: Program Pengukuran Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas) dijangka akan dilaksanakan di Kampung Wonod, di sini, Oktober ini.
Ia bakal memberi kelegaan kepada penduduk kampung itu yang sudah menantikan geran tanah sejak puluhan tahun lepas.
Selain Kampung Wonod, tiga lagi kampung di daerah itu yang akan menyaksikan pelaksanaan Pantai ialah Kampung Bauto, juga bermula Oktober, serta Kampung Buis dan Ansuan yang dijangka dimulakan Disember ini.
Adun Telupid Datuk Jonnybone J Kurum berharap semua pemohon terlibat akan dapat memberi kerjasama baik kepada pegawai yang melakukan proses pengukuran, dalam memastikan kerja-kerja itu dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Beliau juga berharap tanah itu dijaga dengan sebaiknya selepas pemilikan kelak dan tidak dijual.